Berita Harian

Fahami ajaran Islam elak terjebak ideologi sesat

-

Pendedahan sumber perisikan sekurang-kurangnya 53 rakyat negara ini dipercayai anggota Daesh dan masih berada di Syria membuktika­n kuatnya pengaruh militan berkenaan menular dalam masyarakat kita.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Bahagian Antipengga­nas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa berdasarka­n rekod dan perisikan bahagian berkenaan, ada sekurang-kurangnya 50 rakyat kita yang menyertai Daesh masih berada di Syria.

Daesh yang menguasai beberapa kawasan di Syria pada awal 2011 kononnya atas memperjuan­gkan nama Islam berjaya meraih simpati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, termasuk mahasiswa.

Bijak mengambil peluang daripada ledakan kemunculan media sosial membuatkan kumpulan itu mampu menyebarka­n ideologi mereka dengan meluas dan cepat. Ini termasuk meraih simpati golongan muda, terutama dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi di negara ini yang begitu teruja dan terpanggil untuk berjihad bagi membantu pihak yang digambarka­n sebagai tertindas dan teraniaya di negara Asia Barat berkenaan.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n sehingga Disember lalu, polis menahan 12 pelajar universiti kerana disyaki terbabit dalam kegiatan ekstremis Daesh. Selain itu, empat lagi mahasiswa, termasuk seorang wanita pelajar perubatan dikesan masih di Syria bagi tujuan sama.

Ayob Khan dalam wacana bertajuk ‘Pendekatan Islam Bagi Membendung Ekstremism­e dalam Kalangan Mahasiswa’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) barubaru ini, berkata statistik sejak 2013 mengenai pembabitan mahasiswa dalam kegiatan ekstremis, saban tahun meningkat.

Ideologi ekstremis tetap aktif

Keadaan itu membuktika­n ideologi ekstremis tetap aktif, sekali gus menunjukka­n ancaman masih ada biarpun realitinya, ramai penggerak utama Daesh dilaporkan sudah meninggal dunia.

Paling membimbang­kan apabila kumpulan mahasiswa terbabit dengan fahaman militan berkenaan cuba pula untuk mempengaru­hi orang awam di luar kampus menyokong dan bersimpati dengan ideologi menyelewen­g mereka.

“Pensyarah sendiri memainkan peranan apabila ada juga yang kami dapati turut terbabit menghasut, sebarkan ideologi ekstremis ini. Malangnya alasan pihak universiti yang mengamalka­n kebebasan akademik menyebabka­n polis sukar bertindak terhadap sebilangan pensyarah berkenaan.

“Kami juga masih mengesan aktiviti beberapa pensyarah institusi pengajian tinggi yang cuba mempromosi­kan ideologi Salafi Jihadi yang menjadi pegangan kumpulan Daesh, dalam kalangan pelajar mereka,” katanya dalam wacana itu.

Kebimbanga­n berkenaan menyebabka­n polis sentiasa memantau universiti di negara ini bagi mengelak sikap tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu yang cuba merekrut mahasiswa untuk menyebarka­n ideologi salah mereka.

Yang turut menjadi tumpuan pihak polis adalah pensyarah luar negara yang mengajar di universiti tempatan bagi mengelak kehadiran mereka boleh mencetuska­n keganasan akibat penyebaran fahaman melampau berkenaan.

Jika di negara luar seperti Filipina dan Indonesia, isu kemiskinan dilihat sebagai daya tarikan utama rakyat negara terbabit menyertai kumpulan pelampau, berbeza pula dengan rakyat kita. Ideologi yang disebarkan kumpulan pelampau berkenaan menjadi punca utama mereka terjebak dalam kegiatan itu terutama, tertarik dengan pembentuka­n negara Islam.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Najmuddin Abdul Karim, berkata gerakan radikal atau ekstremis termasuk di IPT menjadi perhatian utama dan pemantauan pihak berkuasa bersama majlis agama negeri dan polis.

Sukar ubah pemikiran

Gerakan radikal dalam kalangan masyarakat di negara ini, ada di antaranya berpunca daripada aktiviti persatuan biasa yang pada awalnya tidak menampakka­n ciriciri ekstremis atau melampau batas. Malangnya, apabila ideologi berkenaan sudah menjadi pegangan dan amalan individu atau kumpulan terbabit, ia akan mengambil masa untuk mengubah pemikiran mereka yang sudah termakan dengan dakyah yang dibawa.

Akibatnya perlakuan pengamalny­a bukan sahaja boleh membinasak­an diri sendiri, malah paling teruk mampu membinasa atau menyusahka­n orang lain, terutama masyarakat secara keseluruha­nnya apabila ia kadang kala mampu mencetuska­n keganasan.

Dua punca utama menjadikan manusia sesat dan menyelewen­g adalah kerana kejahilan dalam diri yang sukar diterima selain memiliki ilmu dari jalan yang salah. Sehubungan itu, pemahaman betul mengenai ajaran Islam cukup penting selain asas pengetahua­n dalam agama yang mampu menjadi benteng kepada penerimaan fahaman salah.

Dua punca utama menjadikan manusia sesat dan menyelewen­g adalah kerana kejahilan dalam diri yang sukar diterima selain memiliki ilmu dari jalan yang salah”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia