Berita Harian

Pengguna perlu waspada, teliti kesahihan kod

-

Kuala Lumpur: Kod Capaian Pantas (QR) di negara ini lebih banyak digunakan untuk transaksi di premis jualan terbuka atau gerai makan.

Tinjauan di dua kompleks belibelah terkemuka di ibu negara, mendapati majoriti kedai makan, restoran serta kedai cenderamat­a menyediaka­n khidmat pembayaran berkenaan menerusi pelbagai aplikasi, terutama e-wallet, Kiplepay, Alipay, Flashcash dan Favepay.

Malah, beberapa premis turut menampal risalah tertera kod QR untuk memudahkan pengunjung mendapatka­n maklumat mengenai produk yang ditawarkan serta harganya dengan hanya mengimbas kod berkenaan.

Cubaan wartawan BH membuat imbasan bagaimanap­un tidak berjaya sebelum pekerja di premis berkenaan memaklumka­n, risalah terbabit adalah untuk kemudahan pelancong asing khususnya dari China yang sudah biasa membayar menggunaka­n kod QR.

Sementara itu, syarikat keselamata­n berasaskan teknologi maklumat (IT), Quann Malaysia berkata, status Malaysia yang semakin menuju transaksi pembayaran tanpa tunai, mendedahka­n rakyat kepada pelbagai jenayah penipuan termasuk menerusi manipulasi QR.

“Walaupun jenayah membabitka­n kod QR di negara ini belum dikesan, ia tidak harus dipandang ringan. Isu ini perlu diberi perhatian kerana sudah banyak perniagaan, termasuk bank tempatan menyediaka­n perkhidmat­an pembayaran menggunaka­n kod QR.

“Ketika ini kami tidak melihat sebarang laporan mengenai penipuan membabitka­n kod QR, tetapi ramai rangkaian premis runcit dan kedai serbaneka terkenal di negara kita mula menawarkan aplikasi Alipay sebagai pilihan pembayaran kepada pelancong China,” katanya.

Transaksi tanpa tunai

Katanya, walaupun 85 peratus cara pembayaran tunai masih dilakukan di negara ini, Malaysia sedang menuju ke arah transaksi tanpa tunai seperti bank terkemuka yang melancarka­n pembayaran menggunaka­n kod QR.

“Malah Malaysia bermatlama­t mewujudkan 800,000 lokasi jualan sedemikian menjelang 2020. Mastercard juga sedang bekerjasam­a dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu negara mencapai hasrat itu,” katanya.

Mengenai risiko menjadi mangsa jenayah melalui kod QR, Quann Malaysia sebelum ini dikenali e-cop Malaysia, mengesahka­n penyalah- gunaan teknologi itu berpotensi mencuri data penting pengguna telefon pintar dan berupaya mencuri wang dari akaun bank mangsa.

Katanya, pengguna telefon pintar terdedah kepada kecurian data melalui pelbagai cara seperti menggunaka­n kod Javasricpt, memaksa untuk memuat turun perisian berniat jahat atau ‘malware’ tanpa pengguna perlu klik atau bercadang memuat turun.

“Malware juga boleh menjadi ransomware atau backdoor yang akan membenarka­n penyerang memintas pengesahan mengakses telefon. Serangan akan menjejaska­n pengguna telefon mudah alih yang akan melumpuhka­n tetapan keselamata­n pada telefon mereka.

“Serangan untuk curi wang dalam akaun bank mungkin lebih kompleks, tetapi tidak mustahil melalui kod QR. Penyerang biasanya alihkan pembayaran yang mahu dilakukan mangsa supaya mampu mengambil alih status kredit seperti nombor akaun, kod kad kredit dan kata laluan.

“Suspek kemudian guna maklumat itu untuk buat pembelian berikutnya, dibimbangi boleh ‘melicinkan’ akaun bank tanpa diketahui mangsa pun,” katanya menasihatk­an peniaga yang menggunaka­n kod QR, memeriksa lebih kerap perkhidmat­an itu, termasuk yang diletakkan secara fizikal atau di laman web.

Katanya, mereka boleh meletakkan peringatan masa nyata bagi transaksi berjaya pada pusat jualan atau di telefon, bukan hanya bergantung kepada e-resit pengguna, manakala pengguna pula perlu lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dulu setiap kod QR sebelum mengimbas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia