Berita Harian

382 kesalahan didaftar sejak beroperasi Jun lalu 2017

314 kes sudah selesai bukti proses pengendali­an lebih cepat

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Idris Musa, Rizanizam Abdul Hamid, Lukman Arif Abdul Karim, Farhana Syed Nokman dan Nor Ain Mohamed Radhi

Sejumlah 382 kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak didaftarka­n sejak Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak beroperasi pada Jun 2017 hingga Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata, berdasarka­n statistik, bilangan kes yang diselesaik­an bagi tempoh itu adalah sebanyak 314 kes.

“Selanjutny­a, jumlah kes tertunggak setakat Februari 2018 adalah sebanyak 68 kes.

“Jumlah ini menunjukka­n bahawa kes itu telah diselesaik­an dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari setahun,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (Bn-kuala Pilah) di Dewan Rakyat hari ini.

Pertama di Asia Tenggara

Mahkamah khas itu yang mula beroperasi pada 22 Jun tahun lalu di Putrajaya adalah yang pertama di negara ini dan Asia Tenggara, bertujuan mendengar dan membicarak­an kes kesalahan diperuntuk­kan dalam Akta 792 dan kesalahan jenayah seksual bawah undang-undang lain membabitka­n mangsa kanak-kanak.

Azalina berkata, Perdana Menteri menyatakan dengan adanya mahkamah ini, pihak mahkamah, pendakwaan dan peguam dapat bekerjasam­a untuk memastikan kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dijalankan tanpa penangguha­n.

“Hasrat Perdana Menteri ini adalah juga selari dengan Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 2 Tahun 2017 yang menetapkan kes jenayah di mahkamah rendah diselesaik­an atau dilupuskan dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

Kepada soalan tambahan Hasan mengenai langkah diambil bagi memastikan bukan saja kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat dilupuskan cepat malah proses pengendali­an kes dan keputusan adil, Azalina berkata, mesyuarat Kabinet telah memberikan arahan bahawa mahkamah sedemikian diwujudkan pada peringkat negeri mengikut fasa ditetapkan.

Wujud hakim Jusa C

Katanya, selain daripada pengwujuda­n mahkamah khas, kerajaan juga meminta pihak pentadbira­n mahkamah dan pejabat Peguam Negara melihat beberapa pendekatan baharu seperti kewujudan hakim iaitu dalam kategori Jusa C supaya hakim ini mempunyai pengalaman dan kemahiran apabila menjadi hakim dalam kes sedemikian.

Beliau berkata, kemudian pendakwa pada peringkat negeri diwujudkan pendakwa khas yang mereka juga dinaikkan gred Jusa C supaya pengkhusus­an dapat diwujudkan.

“Seterusnya kursus atau latihan di dalam dan luar negara bagi hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengendali kes jenayah dan kewujudan garis panduan khas untuk mengendali­kan kes kesalahan,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan dengan adanya mahkamah ini, pihak mahkamah, pendakwaan dan peguam dapat bekerjasam­a untuk memastikan kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dijalankan tanpa penangguha­n” Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia