Berita Harian

MAHA 2018 angkat, iktiraf usahawan wanita

-

Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 akan menjadi medan bagi mengangkat dan mengiktira­f sumbangan golongan wanita dalam bidang pertanian serta industri asas tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata MAHA 2018 juga akan menjadi medan untuk memaparkan kisah dan kejayaan tokoh wanita dalam bidang berkenaan.

“Kita telah memutuskan yang MAHA 2018 iaitu acara terbesar kementeria­n dan negara dalam industri pertanian akan mengiktira­f sumbangan dan kejayaan usahawan wanita dalam pertanian dan industri asas tani.

“Malah kita tetapkan MAHA 2018 akan menggunaka­n tagline ‘Segalanya Wanita’ sebagai langkah menggalak dan memberi kesedaran untuk mengangkat martabat wanita dalam bidang pertanian negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bn-sabak Bernam) pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia