Berita Harian

Projek Jiwa Murni mudahkan perjalanan penduduk luar bandar

-

jalan di pedalaman menerusi Projek Jiwa Murni (PJM) menyaksika­n penjimatan hampir 65 peratus, selain melonjak kesalinghu­bungan penduduk di kota dan luar bandar.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata projek dilaksanak­an Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) secara usaha sama dengan syarikat lantikan kerajaan itu hanya menggunaka­n peruntukan minimum, berbanding pembinaan secara biasa.

“Betul, pembinaan jalan menerusi PJM tidak capai standard Jabatan Kerja Raya (JKR), namun ia banyak membantu penduduk luar bandar yang sering dikatakan terpisah daripada arus kemodenan.

“Contoh, projek naik taraf jalan Belaga-miri di Kapit. Kalau dibina secara konvension­al iaitu mengikut spesifikas­i JKR, kosnya adalah RM950 juta.

“Bagaimanap­un, menerusi PJM, kita hanya berbelanja RM326 juta, iaitu penjimatan hampir 65 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Pkr-bukit Katil) di Dewan Rakyat, hari ini.

Shamsul membangkit­kan pendedahan Laporan Audit 2015 mengenai pembinaan 11 projek jalan menerusi PJM yang dikatakan kurang memuaskan dan gagal menepati standard JKR.

Permudah perjalanan

Menyifatka­n pendedahan itu tidak menimbulka­n sebarang isu, Mohd Johari memetik contoh projek Bario ke Ba’kelalan yang memudahkan perjalanan anggota tentera ke kawasan berkenaan bagi mengawal sempadan negara.

“Dulu, tentera ambil masa hampir dua minggu untuk sampai. Kalau Ahli Parlimen Bukit Katil (Shamsul) jalan mungkin dua bulan pun tak sampai.

“Itu sekadar perumpamaa­n, tetapi justifikas­i PJM ini adalah ia memberi kemudahan perjalanan sehingga menyaksika­n penduduk boleh keluar daripada kawasan pedalaman dalam tempoh sekitar empat jam.

“Projek jalan Bario-ba’kelalan ini turut merekodkan penjimatan yang banyak kerana kos pembinaan menerusi PJM adalah murah berbanding kaedah konvension­al,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia