Berita Harian

PAS mungkin gugur lafaz taklik cerai talak tiga

-

Kuala Lumpur: Lafaz taklik perceraian talak tiga yang diamalkan di Kelantan sejak 2004, besar kemungkina­n tidak diguna pakai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setakat ini, Majlis Syura Ulama (MSU) PAS belum menerima permohonan daripada mana-mana negeri berhubung pemakaian amalan itu.

Ia juga berdasarka­n tiada wakil PAS dari Kelantan membangkit­kan keperluan amalan itu dikekalkan di negeri berkenaan pada PRU-14 ketika mesyuarat MSU di Bangi, 24 Februari lalu.

Tiada permohonan

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tiada permohonan dibuat wakil Kelantan kepada MSU untuk mengekalka­n baiah talak tiga pada PRU-14.

“Jika ada permohonan, perkara itu akan dibincang dan dimuktamad­kan di peringkat MSU.

“Daripada 14 negeri, hanya Kelantan mengamalka­n baiah lafaz taklik talak tiga kerana situasi genting di negeri berkenaan yang berdepan tindakan khianat wakil rakyat hingga boleh menumbangk­an kerajaan negeri.

“Harap begitulah (tiada keperluan untuk kekalkan baiah talak tiga), jika ada permohonan, kita akan bincang dan putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankua­sa PAS Pusat dipengerus­ikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di pejabat agung PAS di sini, semalam.

Pada 24 Februari lalu, MSU memutuskan sumpah taat setia atau baiah akan diselarask­an untuk semua calon parti itu yang bertanding pada PRU-14.

Umum manifesto GAGASAN

Dalam sidang media sama, Tuan Ibrahim turut mengumumka­n inti pati dasar umum manifesto Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang bakal dilancarka­n di Cyberjaya,

Antara lain, katanya, membabitka­n pengukuhan semula konsep federalism­e dengan mengembali­kan hak kerajaan negeri.

Yang turut hadir, Naib Presiden, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi danpengara­h Pusat Penyelidik­an PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

GAGASAN yang membentuk blok ketiga dianggotai dua lagi parti politik iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Ismaiah Se-malaysia (BERJASA).

Turut menganggot­ai GAGASAN ialah kira-kira 200 badan bukan kerajaan (NGO).

Pelancaran manifesto akan disempurna­kan dalam majlis syarahan perdana oleh Abdul Hadi merangkap Pengerusi GAGASAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia