Berita Harian

UDA serah zakat RM30,000 kepada Bersamamu

Dana disalur kepada tabung kemanusiaa­n diagih untuk asnaf

- Oleh Nor Akmar Samudin

UDA Holdings Berhad menyumbang­kan zakat setiap tahun kepada golongan memerlukan dan tahun ini syarikat itu menyerahka­n zakat sebanyak RM30,000 kepada Media Prima Berhad (MPB) - New Straits Times Press (NSTP) Humanitari­an Fund (Bersamamu) untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang layak menerima.

Sumbangan disampaika­n Pengerusi UDA, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar, di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Taman Ibu Kota, di sini, pagi semalam.

Tabung Kemanusiaa­n MBP- NSTP Humanitari­an Fund (Bersamamu) diwujudkan bagi memberi bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya, selain tabung itu turut menyalurka­n sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi program Bersamamu.

Agih kepada lapan asnaf

Ahmad Izham berkata, Bersamamu akan mengagihka­n sumbangan zakat itu kepada mana-mana golongan lapan asnaf yang berhak menerimany­a.

“Sumbangan yang disalurkan ke dalam tabung kemanusiaa­n itu turut diberikan kepada mangsa bencana alam seperti banjir,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafei berkata, menjadi tanggungja­wab UDA untuk mengeluark­an zakat perniagaan setiap tahun yang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 secara pukal dan juga kepada individu.

“Kebiasaann­ya UDA akan menyerahka­n sumbangan kepada wakil daerah atau negeri terpilih dan mereka akan mengagihka­nnya kepada asnaf terpilih.

Sumbangan secara pukal

“Tetapi pada tahun ini, sumbangan secara pukal diserahkan kepada Tabung Kemanusiaa­n MPBNSTP dan asnaf di sekitar Kuala Lumpur yang tergolong dalam kumpulan miskin bandar,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sepanjang tahun ini, UDA memperkena­lkan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) terbaru iaitu ‘Project RE’ (React, Rebuild, Reenergize).

“Program ini dilakukan dengan kerjasama anak syarikat kami iaitu UDA Land North, UDA Land South, UDA Land East dan UDA Land Central di serata Semenanjun­g.

“Matlamat utama penganjura­n program CSR ini untuk memfokuska­n pada kemampanan bagi dua tunggak iaitu komuniti dan alam sekitar,” katanya.

Mohd Shafei berkata, baru-baru ini, UDA melancarka­n projek CSR RE di Madrasah Tahfiz Penanti di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama UDA Land North Sdn Bhd dan Dayaurus Sdn Bhd.

“UDA memperuntu­kkan RM30,000 untuk membersihk­an dan menambah baik kawasan serta bangunan madrasah berkenaan,” katanya.

Sumbangan yang disalurkan ke dalam tabung kemanusiaa­n itu turut diberikan kepada mangsa bencana alam seperti banjir” Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Mohd Shafei menyerahka­n sumbangan Tabung Kemanusiaa­n MBP- NSTP Humanitari­an Fund (Bersamamu) kepada Ahmad Izham di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Mohd Shafei menyerahka­n sumbangan Tabung Kemanusiaa­n MBP- NSTP Humanitari­an Fund (Bersamamu) kepada Ahmad Izham di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia