Berita Harian

Azeez serah writ saman

Guan Eng ada masa 14 hari masukkan kehadiran jika mahu bela diri

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Peguam mewakili Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, menyerahka­n writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini, semalam.

Peguam Datuk Seri Jaharberde­en Mohamed Yunoos tiba di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, bagi menyerahka­n notis berkenaan di Pejabat Ketua Menteri kira-kira jam 11 pagi.

Failkan kes saman fitnah

Jaharberde­en berkata, pihaknya sudah memfailkan kes saman fitnah berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Katanya, writ saman dan pernyataan tuntutan sama turut diserahkan sendiri oleh beliau di kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn, di sini.

Jaharberde­en tiba di kediaman Guan Eng kira-kira jam 11.45 pagi semalam, namun tidak disambut wakil atau pembantu di kediaman banglo dua tingkat berkenaan.

“Guan Eng mempunyai tempoh sehingga 14 hari untuk masukkan kehadiran jika beliau ingin membela diri.

“Saman ini berkaitan tuduhan fitnah Guan Eng terhadap anak guam saya yang dibuat pada 28 Februari pada sidang media di KOMTAR dan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang (PDC),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, tuduhan itu memberi kesan buruk terhadap reputasi Abdul Azeez sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

“Pengurusan kes akan dibuat pada 9 April ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” katanya.

Minggu lalu, Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundinga­n RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, enggan memohon maaf dan mencabar Abdul Azeez meneruskan saman berkenaan.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Jahaberdee­n (kiri) dan pembantuny­a menyerahka­n writ saman dan pernyataan tuntutan di kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Jahaberdee­n (kiri) dan pembantuny­a menyerahka­n writ saman dan pernyataan tuntutan di kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia