Berita Harian

Bank tempatan diunjur kekal prestasi cemerlang

Pertumbuha­n pinjaman, asas ekonomi makro kukuh lonjak untung: Moody’s

- Oleh Alzahrin Alias

Bank tempatan dijangka meneruskan prestasi cemerlang tahun ini, disokong oleh pertumbuha­n pinjaman, asas ekonomi makro lebih kukuh dan pemulihan sektor minyak dan gas, demikian menurut agensi penarafan antarabang­sa, Moody’s Investors Service (Moody's).

Enam bank yang diberikan penarafan oleh Moody’s di Malaysia menunjukka­n prestasi kukuh tahun lalu, dengan beberapa penambahba­ikan dijangka berlaku dalam beberapa sektor perniagaan tahun ini.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata kualiti aset dan keuntungan enam bank berkenaan secara umumnya meningkat pada 2017, manakala permodalan dan pendanaan masingmasi­ng kekal mencukupi.

“Kami menjangkak­an permintaan bagi pinjaman akan terus pulih pada 2018, sekali gus mengukuhka­n lagi keuntungan, namun dengan syarat pembiayaan yang diketatkan.

“Hasilnya, pertumbuha­n keuntungan dalam kalangan bank yang mempunyai francais deposit lebih kecil akan dihadkan oleh kos pembiayaan lebih tinggi,” katanya.

Nisbah pinjaman susut nilai

Rumusan Moody’s itu terkandung di dalam laporan terbarunya, Banks - Malaysia: 2017 sees asset quality stabilize, profits

improve. (Bank Malaysia: 2017 menyaksika­n kualiti aset stabil, keuntungan meningkat).

Moody’s berkata, bank yang terkandung di dalam laporan berkenaan adalah Malayan Banking Bhd (A3/A3 stabil, a3); CIMB Group Holdings Bhd (Baa1 stabil); Public Bank Bhd (A3 stabil, a3); RHB Bank Bhd (A3/A3 stabil, baa3); Hong Leong Bank Bhd (A3 stabil, baa1) dan Ambank (M) Bhd (Baa1/baa1 stabil, baa3).

Mengulas lanjut, Moody’s berkata, kualiti aset bank mendapat manfaat daripada persekitar­an ekonomi makro lebih mantap tahun ini, di pasaran domestik dan serantau, manakala bank yang mempunyai pendedahan kepada sektor minyak dan gas akan menyaksika­n mutu aset masingmasi­ng bertambah stabil berikutan harga minyak lebih tinggi.

Agensi penarafan itu berkata, nisbah pinjaman susut nilai dalam kalangan bank kekal stabil pada 2017, meskipun bank yang mempunyai operasi berskala besar di negara Asia Tenggara lain merekodkan nisbah pinjaman susut nilai kasar lebih tinggi, disebabkan oleh terbitan kualiti aset dalam kalangan peminjam korporat berkaitan komoditi.

Katanya, kebanyakan bank mencatatka­n keuntungan lebih tinggi tahun lalu, didorong oleh pertumbuha­n pendapatan konsisten, margin faedah bersih yang stabil dan penyederha naan kos kredit.

Kos kredit

Tambahan lagi, ia berkata, persekitar­an yang positif ini akan berterusan pada 2018, manakala usaha transforma­si digital akan menyokong pertumbuha­n lebih kukuh dari segi pendapatan dan kecekapan kos.

“Pertumbuha­n pinjaman akan meningkat pada 2018, disokong oleh permintaan lebih tinggi bagi pinjaman korporat dan pinjaman pengguna. Perkembang­an ini, ditambah pula margin faedah bersih yang stabil, akan menyokong keuntungan bank,” katanya.

Moody’s berkata, kos kredit keseluruha­n pula akan meningkat sedikit berbanding 2017, dipacu khususnya oleh caj kredit lebih tinggi seperti diperlukan di bawah Piawaian Laporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9), berkuat kuasa 1 Januarilal­u.

Nisbah modal pula, katanya, meningkat pada 2017 berikutan pertumbuha­n aset wajaran risiko (RWA), pelan pelaburan semula dividen dan inisiatif mengoptimu­mkan RWA oleh sebahagian bank.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia