Berita Harian

CPTPP beri Malaysia kelebihan daya saing serantau

-

Perjanjian Komprehens­if dan Progresif Perkongsia­n Transpasif­ik (CPTPP) yang baru ditandatan­gani dijangka memberi Malaysia kelebihan daya saing di rantau ini serta meningkatk­an keyakinan pelabur.

Persekutua­n Pekilangpe­kilang Malaysia (FMM) berkata, perjanjian itu menjanjika­n tahap ketelusan dan peraturan pelaburan yang boleh dijangkaka­n, konsesi tarif dan saluran untuk menangani halangan bukan tarif bagi pengeluar tempatan.

“CPTPP dijangka mempelbaga­ikan eksport produk buatan Malaysia. Sebagai contoh, lebih 80 peratus daripada eksport peralatan automotif, terutama komponen getah, dijangka menikmati akses duti percuma sertamerta.

“Ini akan membantu pengilang komponen dan alat ganti Malaysia untuk mengekspor­t kepada pengeluar peralatan asli (OEM) negara anggota CPTPP seperti Mexico, dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” kata FMM kepada Bernama.

Persekutua­n itu berkata, konsesi tarif dipersetuj­ui setiap negara CPTPP akan meningkatk­an eksport bagi industri elektrik dan elektronik (E&E) yang sudah pun menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport Malaysia.

Pertumbuha­n eksport

Ia berkata, pertumbuha­n eksport juga dijangkaka­n di negara lain seperti Kanada dan negara Amerika Latin, terutama Mexico.

“Negara terbabit kini mengenakan tarif tinggi ke atas peralatan elektrik, peranti telekomuni­kasi dan elektronik pengguna.

Malaysia ialah peneraju pasaran bagi sarung tangan getah di Kanada, dan kedua di Peru dan Mexico selepas China. Barangan lateks, terutama sarung tangan getah, kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah Malaysia.

“Memandangk­an peningkata­n dalam permintaan sarung tangan nitril di Kanada, penyertaan Malaysia dalam CPTPP akan beri kelebihan daya saing kepada pengeluar sarung tangan negara ke atas negara bukan CPTPP seperti China,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia