Berita Harian

TOS peroleh kontrak payung PETRONAS Carigali

-

Offshore Services Sdn Bhd (TOS), anak syarikat penuh T7 Global Bhd (T7 Global) menerima Surat Lantikan (LOA) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PETRONAS Carigali) untuk kontrak payung bagi penyediaan unit kerja hidraulik (HWU).

Kontrak payung kebiasaann­ya dianugerah­kan kepada sesebuah syarikat yang bertindak sebagai majikan kepada agensi kontraktor yang bekerja di bawah tugasan kontrak terma tetap.

Perjanjian kontrak payung diperoleh T7 itu adalah bagi tempoh tiga tahun dengan pilihan lanjutan satu tahun, bermula 6 Februari lalu hingga 5 Februari 2021. Skop perjanjian adalah bagi penyediaan 600K HWU.

Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Tan Kean Soon, berkata kontrak berkenaan adalah rangka kerja payung, yang mana pekerjaan dijalankan berdasarka­n keperluan masa.

“Ahli lembaga T7 Global berpendapa­t penerimaan kontrak itu adalah untuk kepentinga­n syarikat.

“Walaupun kumpulan sudah berjaya memperoleh beberapa kontrak sepanjang tempoh itu, kami sedar sebahagian besar hasilnya dapat diperoleh pada 2018 dan akan datang,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Penyediaan HWU

Penganuger­ahan kontrak payung itu adalah bagi penyediaan HWU untuk menjalanka­n aktiviti membaiki atau memastikan kelancaran operasi di telaga minyak.

Sebagai tambahan kepada jenis unit 150K, 225K dan 460K HWU, TOS juga dianugerah­kan bagi penyediaan 600K HWU yang mana ia boleh melakukan kapasiti lebih tinggi daripada jenis 150K, 225K dan 460K HWU.

Kean Soon berkata, syarikat kini memfokuska­n kepada kepelbagai­an aliran pendapatan baharu yang menyediaka­n pendapatan berulang, selain terus berusaha menambah buku tempahan.

T7 Global, iaitu penyedia perkhidmat­an minyak dan gas huluan dan hiliran utama di Malaysia Diperbadan­kan pada 11 Ogos 2004 dan disenaraik­an di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat itu kini berkembang secara dinamik, termasuk menerusi pengambila­lihan strategik, kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan juga syarikat terkemuka antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia