Berita Harian

Digi perkenal terminal pembayaran mudah alih

-

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) memperkena­lkan terminal pembayaran mudah alih dalam usaha mendigital­kan operasinya.

Peranti berkenaan membolehka­n perniagaan menerima pembayaran berasaskan kad untuk produk dan perkhidmat­an tanpa memerlukan­nya dihubungka­n ke talian telefon fizikal.

Ketua Pegawai Perniagaan Digi (CBO), Eugene Teh, berkata landskap pelanggan menjadi bertambah digital dan perniagaan perlu menyesuaik­an keadaan dengan perubahan itu.

“Oleh kerana lebih ramai memilih transaksi tanpa tunai, perniagaan perlu meletakkan diri mereka bagi memanfaatk­an sepenuhnya perubahan ini. Pembayaran tanpa tunai hari ini adalah cepat, selamat dan sangat mudah, sudah tiba masanya sebelum penggunaan kad pembayaran dan edompet mendahului,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Hasil kerjasama CIMB

Terminal pembayaran mudah alih membolehka­n perniagaan menerima pembayaran kad kredit dan debit dengan selamat pada bilabila masa di mana sahaja. Peranti ini juga tidak memerlukan sambungan ‘Bluetooth’, sekali gus mengurangk­an penggunaan bateri.

Teh berkata, Digi ingin membantu perniagaan me lang ke dunia digital dan penyelesai­an digital ini perlu dimanfaatk­an oleh semua perniagaan.

Penyelesai­an terminal pem mudah alih itu hasil kerjasama dengan bank utama, CIMB.

“Kami menjangkak­an kerjasama seperti ini dengan pihak lain,” katanya.

Dengan perluasan rangkaian 4G Plus Digi, ia bermakna terminal mudah alih ini boleh digunakan di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut, boleh me layari Digi.my/business.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia