Berita Harian

PERSONALIT­I

Pembabitan dalam sukan sepak takraw bantu bina keyakinan diri Mohamad Nabil Adli

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Penat tidak pernah jadi alasan Nabil

l

Penat tidak pernah terlintas dalam fikiran personalit­i BH Minda minggu ini untuk dijadikan alasan bagi mengelak daripada terus aktif dalam sukan sepak takraw yang mula diceburiny­a sejak di bangku sekolah rendah.

Malah, Mohamad Nabil Adli Mohd Zakardi, 13, sentiasa berasa teruja dan seronok ketika bermain sepak takraw, sekali gus menanam cita-cita untuk menjadi pemain sepak takraw kebangsaan pada suatu hari nanti.

Ikuti temu bual wartawan BH Minda bersama pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembabitan­nya dalam sukan berkenaan. Saya memang minat bersukan sejak dari kecil dengan menyertai semua jenis sukan termasuk acara balapan. Bermula dengan menceburi sukan bola sepak ketika berusia sembilan tahun, saya kemudian beralih kepada sukan sepak takraw apabila melangkah ke Tahun Empat selepas dipelawa seorang guru untuk menyertai pemilihan pasukan sepak takraw untuk mewakili sekolah. Kejayaan mewakili sekolah menyebabka­n minat saya terhadap sukan berkenaan semakin menebal sehingga semua pertanding­an sama ada di peringkat sekolah mahupun pertanding­an di luar, akan saya sertai. Sokongan yang tidak ber-belah bahagi oleh guru dan keluarga memberi kekuatan kepada saya untuk terus bergiat aktif dalam sepak takraw sehingga kini. yakin pembabitan dalam sukan ini dapat membantu membina keyakinan pada diri seseorang dalam setiap tindakan yang dilakukan. Secara jujur, saya agak sukar untuk membahagik­an masa pada awal pembabitan dalam sukan ini kerana perlu kerap menjalani latihan, tetapi lamakelama­an dapat membiasaka­n diri dengan jadual yang agak padat. Malah, soal penat tidak lagi timbul walaupun terpaksa pulang pada waktu malam selepas selesai pertanding­an dan perlu ke sekolah, keesokan harinya. Ibu juga sering mengingatk­an bahawa pelajaran perlu diutamakan, selain memperoleh kata semangat daripada adik-beradik yang lain, termasuk menerima tunjuk ajar dalam pelajaran daripada mereka bagi memastikan saya tidak ketinggala­n dalam akademik. Pemain sepak takraw kebangsaan, Shahir Rosdi, adalah idola saya dalam sukan ini. Saya mengagumi beliau kerana berjaya beraksi sehingga ke peringkat antarabang­sa, malah ketangkasa­n dan ketenangan yang dipamerkan­nya ketika di gelanggang wajar dijadikan contoh kepada pemain sepak takraw muda seperti saya. Sudah pasti saya berhasrat untuk menjadi pemain sepak takraw kebangsaan seterusnya berjaya beraksi di pentas antarabang­sa. Saya juga berharap sukan ini dapat menjadi sukan utama di dalam dan luar negara, selain mengharapk­an pembabitan dalam sukan ini dapat membantu saya untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UITM), sekali gus menempa kejayaan dalam sukan dan pelajaran.

 ??  ??
 ??  ?? Mohamad Nabil Adli (tiga dari kiri) bersama-sama rakan dan jurulatih sebelum sepak takraw.
Mohamad Nabil Adli (tiga dari kiri) bersama-sama rakan dan jurulatih sebelum sepak takraw.
 ??  ?? Mohamad Nabil Adli (kanan) menjalani latihan. bersama-sama rakan ketika
Mohamad Nabil Adli (kanan) menjalani latihan. bersama-sama rakan ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia