Berita Harian

Lebih yakin untuk menghadapi PT3

-

Shah Alam: Pembabitan pelajar secara langsung dalam program HIP dan e-champion via Facebook

Live membantu membina keyakinan pelajar bagi menghadapi Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Pelajar, Nur Athirah Shamsul Arif, 15, berkata sebagai calon PT3 tahun ini, dia berasa pelbagai program yang dianjurkan sekolah termasuk bagi memantapka­n penguasaan bahasa Inggeris wajar diberi perhatian sepenuhnya oleh pelajar.

“Peluang menonjolka­n diri seperti bertutur dalam bahasa Inggeris sama ada di depan khalayak umum ataupun menerusi Facebook Live memberi keyakinan kepada pelajar untuk menyerlahk­an bakat dan kebolehan berkomunik­asi dengan baik serta melontarka­n idea masing-masing.

“Saya percaya program intensif di sekolah ini sangat membantu pelajar untuk menjadi seorang yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah membina personalit­i dan sifat kepemimpin­an yang ada dalam diri pelajar,” katanya.

Lebih berani

Rakannya, Damia Izzati Noorazam, 15, berkata program HIP sangat membantu dirinya dalam memperkema­skan penggunaan bahasa Inggeris bagi menghadapi ujian penulisan atau ujian lisan PT3, tidak lama lagi.

Katanya, sejak bertutur secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada setiap Rabu menerusi program HIP, dia lebih yakin dan bersemanga­t untuk berkomunik­asi dalam bahasa kedua itu sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

“Pendekatan ini benarbenar mempersiap­kan pelajar bagi menghadapi ujian Bahasa Inggeris dengan baik, selain membantu mereka lebih berkeyakin­an untuk berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris di hadapan khalayak ramai.

“Saya sendiri nampak perubahan pada diri, jika sebelum ini saya berasa malu untuk berbahasa Inggeris tetapi kini lebih berani kerana menyedari daripada kesalahan yang dilakukan itu, kita akan belajar untuk berjaya,” katanya.

Sebagai contoh apabila saya berkongsi idea di Facebook Live, ramai rakan-rakan yang memberi maklum balas positif dan sekurangku­rangnya mereka juga memperoleh ilmu bermanfaat”

Nur Athirah Shamsul Arif, Pelajar

SMK TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor

 ??  ?? Damia Izzati Noorazam
Damia Izzati Noorazam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia