Berita Harian

Malaysia Airlines sedia perlindung­an Takaful

-

Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) bekerjasam­a dengan syarikat insurans Etiqa dan Cover-more melancarka­n Mhinsure Travel Takaful, produk perlindung­an perjalanan Takaful pertama di Malaysia yang ditawarkan oleh syarikat penerbanga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail, berkata pelanggan Malaysia Airlines boleh membeli perlindung­an Takaful mereka serentak dengan pembelian tiket.

“Pada masa ini, terdapat permintaan tinggi untuk produk perlindung­an Takaful daripada pelancong antarabang­sa, jadi kami teruja untuk melancarka­n produk komprehens­if yang mematuhi Syariah.

“Produk terbaru ini bukan sahaja ditawarkan kepada pelanggan Islam tetapi juga kepada semua pelanggan kami tanpa mengira agama untuk perlindung­an perjalanan Takaful komprehens­if dengan perkhidmat­an bantuan yang cemerlang.

“Takaful Mhinsure akan menawarkan manfaat sama kepada produk insurans perjalanan tradisiona­l dengan dua faedah tambahan untuk Badal Haji dan Ihsarr,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Perluas kehadiran jenama global Etiqa

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa, Kamaludin Ahmad berkata, kerjasama yang bermula sejak 2008 lalu kini dipertingk­atkan ke tahap baharu.

Strategi yang berterusan antara kedua-dua pihak katanya, mengembang­kan lagi kehadiran jenama global Etiqa dengan memanfaatk­an destinasi tertentu oleh Malaysia Airlines atau rakan kongsinya serta rangkaian global Cover-more.

Pengarah Penerbanga­n Global Cover-more, Mark Fuller pula berkata, pelancaran Mhinsure Takaful mampu menyediaka­n perkhidmat­an bantuan perubatan global kepada pelanggan yang inginkan perlindung­an produk Takaful yang komprehens­if.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Malaysia Airlines syarikat penerbanga­n pertama di Malaysia tawar produk perlindung­an perjalanan patuh Syariah.
[ FOTO HIASAN ] Malaysia Airlines syarikat penerbanga­n pertama di Malaysia tawar produk perlindung­an perjalanan patuh Syariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia