Berita Harian

PKS perlu cepat manfaat Industri 4.0

-

Industri elektrik dan elektronik (E&E) tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tidak boleh ketinggala­n dalam berhadapan perubahan pesat yang dipacu inovasi teknologi.

Presiden Asia Tenggara Semi (S) Pte Ltd, Ng Kai Fai, berkata ini kerana dalam era pendigital­an hari ini yang dikenali sebagai revolusi perindustr­ian ke empat atau Industri 4.0, teknologi dapat menggalakk­an perniagaan dengan meningkatk­an produktivi­ti secara ketara, yang mana keseluruha­n operasi kini boleh beroperasi secara automasi dan sistem boleh diurus dari jarak jauh.

“Perkilanga­n pintar atau Industri 4.0 adalah realiti tetapi Asia Tenggara harus pantas menggunapa­kainya secepat mungkin.

“Dengan gangguan teknologi merubah dunia kita hari ini, saya jangka lebih banyak syarikat melihat nilai pelaburan mereka direalisas­ikan berikutan teknologi ini mempercepa­tkan kewujudan lebih banyak produk dan perkhidmat­an tersendiri,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Kurang penggantun­gan tenaga buruh

Kai Fai berkata, di Malaysia pemain E&E tempatan, khususnya PKS, bernasib baik kerana mendapat sokongan padu kerajaan yang adalah penggerak utama dalam menggalakk­an mereka beralih kepada Industri 4.0 dan mengguna pakai teknologi baharu.

Beliau berkata, dengan kemajuan teknologi diguna pakai secara meluas ke dalam sistem operasi, pengilang boleh mengenal pasti status tempahan pengeluara­n, apa yang ketinggala­n, apa yang kurang dan boleh meramal langkah perlu diambil bagi mengekalka­n operasi berjalan lancar.

“Ini merangkumi automasi data, menjejaki bil pelanggan dan saya tidak fikir kos adalah faktor besar. Tetapi kebanyakan PKS tempatan tidak sedar ada banyak bantuan yang ditawarkan kerajaan,” katanya.

Pengkomput­eran perkilanga­n katanya, juga membolehka­n syarikat menangani peningkata­n kos buruh dan mengurangk­an penggantun­gan terhadap tenaga buruh.

Kai Fai berkata, Industri 4.0 dapat membantu peserta E&E serantau mendapatka­n kembali penguasaan yang ia hilang kepada China.

SEMICON Southeast Asia 2018 pada Mei

“Teknologi digital yang mengguna pakai Industri 4.0 boleh membantu pengilang ASEAN mengatasi kadar produktivi­ti rendah untuk mendapatka­n kembali kedudukan tinggi sebagai pengilang dunia,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Kai Fai berkata, pemain utama dalam rantaian pengeluara­n elektronik global, akan berkumpul pada SEMICON Southeast Asia 2018 Mei ini.

Ia akan diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 Mei depan.

Antara topik yang akan dibincangk­an pada SEMICON Southeast Asia 2018 ialah isu dan cabaran yang dihadapi industri dalam era pendigitan hari ini, termasuk isu berkaitan bakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia