Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mengurangk­an peningkata­n yang dicatatkan pada awalnya semalam berikutan peningkata­n pengeluara­n Amerika Syarikat (AS) menjejaska­n pasaran, meskipun penguranga­n dalam aktiviti pelantar penggalian.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$61.91 satu tong setakat 0755 GMT, jatuh 13 sen atau 0.2 peratus.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent berada pada paras AS$65.38 satu tong, jatuh 11 sen atau 0.2 peratus berbanding penutup sebelumnya.

Penganalis­is berkata, kecairan bagi pegangan yang lama menyumbang kepada kejatuhan itu.

“Pengurus wang mencairkan 15,416 pegangan lama dalam WTI minggu lalu sementara mewujudkan 4,386 pegangan baharu,” kata bank Belanda, ING semalam.

Kejatuhan itu selepas harga minyak mentah meningkat pada Jumaat lalu dan awal semalam.

“Kejatuhan jumlah pelantar dan perangkaan pekerjaan yang kukuh mungkin membantu menyokong harga,” kata Penganalis­is Pelaburan Rivkin Securities, William O’loughlin.

Ekonomi AS mencatatka­n pertambaha­n jumlah pekerjaan tertinggi dalam satu setengah tahun pada Februari, dengan pembayaran bukan ladang melonjak sebanyak 313,000 pekerjaan bulan lalu, kara Jabatan Buruh AS pada Jumaat lalu.

Di pasaran minyak, syarikat tenaga AS minggu lalu mengurangk­an pelantar minyak buat pertama kali dalam hampir dua bulan, dengan syarikat penggali mengurangk­an empat pelantar kepada 796, kata firma perkhidmat­an tenaga, Baker Hughes pada Jumaat lalu.

Walaupun jumlah pelantar yang rendah, yang mana petunjuk awal bagi pengeluara­n masa depan, aktiviti kekal lebih tinggi berbanding setahun lalu, dengan hanya 617 pelantar yang aktif dan kebanyakan penganalis­is jangka pengeluara­n minyak mentah AS, yang meningkat kepada 10.37 juta tong sehari akan meningkat lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia