Berita Harian

Kaunter serantau terus rali untung

-

Pasaran saham Asia meneruskan rali minggu lalu berikutan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh melonjakka­n keyakinan dalam ekonomi terbesar dunia itu, seterusnya mencatatka­n rekod penutup di Wall Street.

Pasaran ekuiti meningkat, dengan sentimen yang masih teguh berikutan keputusan Presiden AS, Donald Trump untuk berjumpa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam satu persidanga­n yang tidak pernah terjadi sebelum ini bagi membincang­kan mengenai program nuklearnya.

Perkembang­an yang meyakinkan itu membantu mengurangk­an kebimbanga­n mengenai pengumuman kenaikan tarif keluli dan aluminium yang mencetuska­n jualan, awal bulan ini berikutan kebimbanga­n berlakunya perang dagangan.

Tiga indeks utama di New York meningkat hampir dua peratus pada Jumaat lalu dengan Nasdaq mencatatka­n rekod baharu dan memadamkan semua kerugian yang berlaku pada Februari lalu.

Kenaikan itu turut berlanjuta­n ke Asia dengan Tokyo ditutup 1.7 peratus lebih tinggi manakala Hong Kong menokok 1.9 peratus dan Shanghai ditutup 0.6 peratus lebih tinggi dan Seoul menambah satu peratus.

Sydney naik 0.6 peratus, dibantu oleh berita bahawa Australia turut mendapat pengecuali­an daripada tarif Trump, manakala Singapura meningkat 1.6 peratus dan Taipei menokok lebih daripada satu peratus.

Peningkata­n juga turut berlaku di Wellington, Manila dan Jakarta. Pelabur diceriakan oleh perangkaan Jabatan Buruh AS yang menunjukka­n majikan menambah 313,000 pekerjaan pada Februari.

Laporan bulanan yang dipantau teliti itu juga menunjukka­n pertumbuha­n upah yang sederhana berbanding laporan Januari, mengimbang­i Rizab Persekutua­n (Fed) akan mempercepa­tkan kenaikan kadar faedah.

Pasaran jatuh selepas perangkaan pekerjaan AS Januari dikeluarka­n, yang menunjukka­n peningkata­n pertumbuha­n upah dan meningkatk­an kebimbanga­n Fed mungkin akan mempercepa­tkan kadar dan angka kenaikan kadar faedah.

“Terbaik dari keduaduany­a untuk pasaran ekuiti, dengan ekonomi kembali pulih tetapi tidak menandakan inflasi gaji,” kata Ketua Perdaganga­n Asiapasifi­k di OANDA, Stephen Innes.

“Ia tidak menjadi lebih baik daripada pelabur dan sekurangku­rangnya kini telah mengurangk­an ketakutan inflasi yang menimbulka­n sentimen pelabur pada Februari.

“Apabila ditambah dengan retorik perdaganga­n dan berita positif dari Semenanjun­g Korea, sentimen risiko lebih tinggi,” katanya.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Tokyo turut meneruskan kenaikan yang bermula minggu lalu.
[ FOTO AFP ] Tokyo turut meneruskan kenaikan yang bermula minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia