Berita Harian

‘Terima kasih Elfira’

Sufian Suhaimi mahu terus kenang detik bahagia biarpun sementara

- Oleh Zaidi Mohamad

Berat badan menyusut dan wajah berjambang barangkali mencermink­an keadaan penyanyi, Sufian Suhaimi ketika ini. Biarpun reda perancanga­n untuk sehidup semati dengan gadis idaman, Elfira Loy, kecundang di tengah jalan, Sufian tidak menafikan kenangan bersama pelakon itu tetap manis untuk diimbas.

Namun, apa yang jelas, penyanyi lagu Terakhir itu enggan terus meratap, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya.

Mendekati Sufian, dirinya tetap bersyukur kepada Tuhan biarpun kebahagiaa­n hanya singgah sementara.

“Saya bersyukur, biarpun Tuhan meminjamka­n kebahagiaa­n buat sementara. Ketika itu, macam orang selalu cakap, memang indah rasanya bercinta.

“Saya harus berterima kasih kepada Elfira dan mereka yang pernah bersama saya ketika detik bahagia itu menjelma.

Kenangan paling indah

“Terima kasih atas kenangan yang paling indah dalam hidup saya,” kata Sufian yang bakal melancarka­n single keempat, Di Matamu, tidak lama lagi.

Selepas sekian lama spekulasi bertebaran, pada 19 Februari lalu, Sufian mengesahka­n ikatan pertunanga­nnya dengan Elfira putus mengikut adat. Sufian menjelaska­n, bapa pelakon itu, Ahmad Sabri Ariffin, memulangka­n cincin kepada keluargany­a di Muar, Johor.

Dua hari sebelum itu, ibu Elfira, Filzah Yusoff memberitah­u anaknya putus tunang dengan penyanyi itu.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober lalu. Mengikut perancanga­n awal, mereka bakal disatukan, awal bulan depan.

Ditanya apakah pengalaman bercinta dan putus kasih dengan gadis berkening lebat itu sebagai antara yang serius dilaluinya, Sufian tidak menafikann­ya.

“Kita bercakap soal daripada bercinta hingga menjalin pertunanga­n. Sudah semesti ini adalah hubungan yang paling serius pernah saya lalui. Cuma ia tidak berakhir seperti dirancang.

“Saya tahu apa terjadi bukan salah sesiapa, cuma jodoh tak panjang. Mungkin semua ini sudah tertulis. Ia lebih membentuk saya menjadi lebih baik. Saya jadi lebih ‘besar’ dan matang dalam mengharung­i hidup,” katanya.

Tak pernah pinggirkan ibu bapa

Atas segala yang berlaku, Sufian menegaskan, dia tidak pernah membelakan­gkan ibu bapa dan keluargany­a.

“Saya selalu meletakkan ibu bapa pada tangga pertama. Setiap apa berlaku, walaupun kecil dan membabitka­n keluarga, saya pasti memaklumka­n mereka.

“Saya akan rujuk kepada ibu dan ayah. Saya akan beritahu sekurang-kurangnya apa yang terjadi. Tapi itu bukanlah bermaksud saya mengadu atau tidak dapat mengatasi sesuatu isu.

“Ia lebih kepada mendengar pendapat dan perspektif ibu bapa daripada kaca mata mereka. Kadang-kadang sebagai manusia, saya terlepas pandang. Dalam keadaan itu, sokongan ibu bapa penting kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik,” katanya.

Dalam hal putus tunang, Sufian berkata, ibu bapanya tahu apa yang berlaku daripada awal.

“Ibu dan ayah tidak berasa diri dipinggirk­an dalam soal ini. Apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Tambah Sufian, ibu bapanya sangat terbuka dan menerima ketentuan takdir.

“Buruk mana pun kejadian itu, ia menjadi pengalaman yang mendewasak­an. Saya lihat apa yang terjadi ini dari sudut yang besar. Saya lihat semua ini cara Tuhan mengajar kita dan memberi sesuatu yang baik pada masa depan.

“Jadi ia membuatkan saya lebih tenang dan reda,” katanya.

Maafkan netizen

Sempat ditanya mengenai imej berjambang dan tubuhnya yang susut, Sufian ada jawapan sendiri.

“Sebagai orang seni, saya selalu menyalurka­n perasaan dalam apa yang dilakukan. Macam saya salurkan dalam lagu.

“Ia bukan untuk meraih simpati atau sebagainya. Saya sekadar melalui suratan hidup ini. Mungkin ini dapat mendidik orang yang melalui situasi sama. Walau sukar mana pun ujian dilalui, kita kena menghadapi­nya.

“Imej berjambang ini secara kebetulan ada satu babak dalam video muzik Di Matamu memerlukan saya berimej begitu. Sebab itulah saya simpan jambang ini. Saya selesa dengan imej ini. Tengoklah, selepas ini mungkin hendak kekal berjambang atau tidak,” katanya.

Sufian mengaku berat badannya makin susut.

“Saya sudahlah kurus kering. Memang nampak ketara. Mungkin juga saya sibuk sampai tak terjaga waktu makan. Makan, tiada masalah, tapi mungkin tidak banyak,” katanya.

Pada akhir perbualan, Sufian turut ditanya mengenai gelagat netizen yang mempersend­a dirinya dan judul lagu. Sebagai contoh, dendangann­ya, Terasa Ada, disindir netizen hingga diwujudkan tanda pagar ‘terasaadaw­alausekeja­p’ .

“Saya tak tengok perkara ini secara terperinci, sebaliknya saya lihat ia lebih luas. Saya lebih mahu berdepan dan mengatasi kontrovers­i yang berlalu, selain memulihkan imej yang tercalar.

“Cuma saya lihat, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Namun, saya maafkan mereka. Netizen bukan jahat. Cuma mereka tidak tahu apa yang terjadi,” katanya.

Saya bersyukur, biarpun Tuhan meminjamka­n kebahagiaa­n buat sementara. Ketika itu, macam orang selalu cakap, memang indah rasanya bercinta” Sufian Suhaimi

 ??  ??
 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Sufian menganggap kenangan bersama Elfira tetap manis untuk diimbas.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Sufian menganggap kenangan bersama Elfira tetap manis untuk diimbas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia