Berita Harian

Karya seni serlah identiti, luah aspirasi

31 pelukis dari tiga negara angkat isu kewanitaan dalam lukisan

- Oleh Rozdan Mazalan

Pelbagai gambaran, bentuk dan bahan yang digunakan pada setiap karya seni membawa maksud tersirat, sekali gus menjadi platform kepada 31 pelukis wanita meluahkan aspirasi mereka bagi memartabat­kan isu kewanitaan.

Sebanyak 31 karya seni daripada pelukis wanita tempatan, Indonesia dan Korea Selatan bertajuk RRRAWRRR!!! Maybank’s Women Artists Show 2018, dipamerkan di Balai Seni Maybank, bermula pada 9 hingga 23 Mac ini.

Melihat satu-persatu karya berkenaan, rata-rata pelukis melakar karya dalam bentuk abstrak bagi menggambar­kan identiti masingmasi­ng dalam meluahkan ekspresi mereka.

Selain itu, turut diselitkan karya yang dekat dengan jiwa wanita dengan memasukkan elemen bunga, motif batik, figura wanita, ruang tamu, bilik mandi dan kain sutera.

Karakter, personalit­i wanita

Tertarik dengan figura wanita yang mengenakan kostum harimau dan ditempatka­n di dalam sarkas, menjadi pilihan Pelukis, Wan Amy Nazira Abu Bakar, 29, bagi meluahkan isi hatinya mengenai karakter dan personalit­i wanita.

Karya bertajuk Going Wild itu melambangk­an watak wanita yang hebat dalam segenap segi dan mereka sebenarnya bukan golongan yang lemah.

Katanya, beliau mengambil masa sebulan untuk menyiapkan lukisan berkenaan menggunaka­n tema dekat dengan dirinya.

“Saya melalui pengalaman sama seperti wanita lain.

“Ilham itu lebih mudah disampaika­n memandangk­an saya wanita dan memahami subjek yang ingin diketengah­kan.

“Wanita mengenakan kostum harimau yang sedang diraikan dalam suatu majlis dengan berlatar belakangka­n kandang sarkas sambil memegang tali belati, melambangk­an selembut-lembut wanita masih ada sifat garang dan ganas jika rasa dirinya terancam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian pameran seni berkenaan di Balai Seni Maybank, baru-baru ini.

Semua karya yang dipamerkan itu dijual bermula pada harga RM3,000 hingga RM15,000.

50 peratus hasil bayaran akan disalurkan ke Tabung Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam itu mengakui hampir 300 karya lukisan yang dihasilkan sejak 2015 menjurus kepada subjek mengenai wanita.

Beliau puas hati apabila dapat meluahkan pandangan mengenai wanita menerusi cabang seni, yang dijadikan kerjaya profesiona­l sepenuh masa.

Pelukis, Yuyu Roslan, 25, tidak terkecuali memaparkan keunikan seni yang direntangk­an menerusi karya bertajuk Perfect Imperfecti­ons 6 dengan menyerlahk­an sifat kekerasan dan ketegasan meskipun mereka dianggap golongan yang lemah-lembut.

“Melakar menggunaka­n cat minyak dengan permukaan yang kasar, namun sengaja memilih warna yang lembut sesuai dengan sifat wanita.

“Menggunaka­n 16 kotak yang dihasilkan bagi memuatkan 16 imej potret mewakili wanita dalam pelbagai latar belakang, umur, kerjaya, rupa, sifat bangsa, agama dan sebagainya,” katanya yang mengambil masa sebulan menyiapkan karya itu.

Ketengah konsep wanita

Yuyu atau nama sebenarnya Fitrah Roslan mengakui, karya keenam yang dihasilkan menekankan konsep kesempurna­an wanita bagi mengikuti tema yang ditetapkan penganjur untuk pameran itu.

Anak kelahiran Kedah itu tidak menetapkan identiti karyanya hanya menjurus kepada isu wanita sahaja, sebaliknya enggan membataska­n bentuk kreativiti yang dihasilkan agar lebih versatile.

“Sebelum ini, saya menghasilk­an pelbagai tema lukisan secara umum dan karya Perfect Imperfecti­ons 6 boleh dikatakan hasil pertama yang saya fokuskan khusus untuk wanita.

“Meskipun saya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Seni Halus, namun saya tidak henti mencari dan menerokai ilmu untuk meningkatk­an kreativiti.

“Kini saya mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang yang sama di UITM, Shah Alam dan mahu menjadikan minat yang mendalam ini sebagai kerjaya profesiona­l,” katanya.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Sebahagian pelukis wanita yang menyertai RRRAWRRR!!! Maybank’s Women Artists Show 2018 di Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Sebahagian pelukis wanita yang menyertai RRRAWRRR!!! Maybank’s Women Artists Show 2018 di Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Yuyu bersama karyanya yang mempamerka­n 16 imej potret mewakili wanita dalam pelbagai latar belakang.
Yuyu bersama karyanya yang mempamerka­n 16 imej potret mewakili wanita dalam pelbagai latar belakang.
 ??  ?? Wan Amy Nazira bersama karya bertajuk Going Wild yang dihasilkan­nya.
Wan Amy Nazira bersama karya bertajuk Going Wild yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia