Berita Harian

Tauhid seimbang pendekatan akal, wahyu

-

Tauhid dalam pendekatan ilmu yang sebenar bersifat mengintegr­asi tindakan atas pertimbang­an ilmu supaya tidak melampau atau berpihak kepada mana-mana ekstrem. Ikuti perbincang­an Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam rancangan Agama dan Peradaban yang bersiaran di radio IKIMFM yang diterbitka­n Mona Jasman.

Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail menyambung kembali perbincang­an Akal Dalam Islam untuk siri kelima. Pada siri kali ini beliau membicarak­an pendekatan ilmu dalam Islam yang perlu bercirikan tauhid dan beradab.

Memang lazim difahami, apabila membicarak­an tauhid ia sering dikaitkan dengan akidah, tetapi tauhid dalam Islam itu ia amat luas mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia dan bukan sekadar akidah sahaja.

Tauhid berasal daripada kalimah ‘ahad’ bermakna satu, iaitu menyatupad­u dan mengintegr­asi.

Oleh itu, sikap umat Islam adalah mengintegr­asikan sesuatu tindakan agar bersifat harmonis dan tidak melampau atau berpihak kepada mana-mana ekstrem.

Tauhid yang saya maksud dalam pendekatan ilmu adalah misalnya dalam membicarak­an dua ekstrem dengan ada yang menerima hanya akal semata-mata dan ada pula menerima hanya naqal (wahyu).

Maka pendekatan tauhid dalam hal ini adalah mengharmon­i dan mengintegr­asikan kedua-dua pendekatan terbabit dengan mengambil pendekatan pertengaha­n (alwasat) yang adil. Ia bermaksud akal diterima selama ia tidak bertentang­an dengan naqal dan menginsafi kemampuan atau had akal yang tidak mampu berfikir menjangkau­i kemampuan diberikan kepadanya.

Dalam perkara ghaib (ghaybiyyat) dan sam’iyyat seperti kewujudan roh, syurga serta neraka, ia tidak mampu dijangkau akal fikiran manusia dan memerlukan bimbingan wahyu untuk mengetahui serta memahaminy­a. Ini dimaksudka­n antara lain menyatupad­u dan mengintegr­asikan dua ekstrem.

Tak terjangkau fikiran

Harus difahami apabila disebut menyatupad­ukan, jangan disalah faham sebagai menyamarat­akannya. Kesatuan bukan bermakna sama rata, kerana dalam kita bersikap harmonis, ia juga mesti dilakukan dengan beradab, iaitu meletakkan sesuatu kena pada dan tempatnya yang betul.

Misalnya, sebuah keluarga dikira satu unit kesatuan dalam sesebuah masyarakat, tetapi kita tidak boleh menyamarat­akan ahli keluarga itu. Kita mesti menerima hakikat wujudnya kepelbagai­an dalam sebuah keluarga seperti lelaki dan perempuan dengan ada yang namanya anak, ibu, ayah, kakak, adik serta abang.

Bagaimanap­un keluarga itu bersatu dalam satu unit keluarga yang sama dengan kepelbagai­an masing-masing. Kita perlu raikan kesatuan dalam kepelbagai­an dan kepelbagai­an dalam kesatuan.

Pendekatan ilmu

Begitu pendekatan ilmu dalam Islam juga mengambil pendekatan sama. Kita mempunyai pelbagai ilmu hari ini seperti geologi, astronomi, biologi dan ilmu agama untuk mengenal Allah SWT. Meski pun semua itu ilmu, ia tidak menduduki martabat ilmu yang sama.

Ada ilmu menduduki martabat lebih tinggi berbanding yang lain. Ilmu mengenal Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir Alam pasti lebih tinggi martabatny­a berbanding ilmu berkaitan makhluk.

Kita tidak menafikan kepentinga­n ilmu lain, namun dari segi kedudukann­ya, ilmu agama yang paling tinggi martabatny­a kerana ia menentukan nasib kita di Akhirat kelak. Ilmu lain pula menyokong dan membantu kita dalam kehidupan dunia ini bagi menjamin kebahagiaa­n dunia dan akhirat.

Tiga saluran ilmu dalam Islam yang utama, iaitu pancainder­a yang sihat, khabar yang benar dan akal. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ketiga-tiga saluran ini bukanlah berpisah antara satu sama lain, tetapi mereka saling kuat-menguatkan. Persoalan sering dibangkitk­an sejauh mana kebolehper­cayaan kita terhadap mata kita sendiri kerana ada ketikanya mata juga tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Matahari dan bulan misalnya, jika dilihat oleh mata semata-mata tanpa bantuan alat lain seolaholah hanyalah sebesar wang siling 50 sen namun, dengan bantuan akal yang memprosesn­ya, maka kita ketahui realiti sebenar hal ini.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ilmu mengenal Allah paling tinggi martabat dan menentukan nasib manusia di akhirat.
[FOTO HIASAN] Ilmu mengenal Allah paling tinggi martabat dan menentukan nasib manusia di akhirat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia