Berita Harian

Siam Kelantan bukti integrasi unik Malaysia

Bebas anuti agama asal, amal adat resam, bertutur bahasa sendiri

- Oleh Siti Haliza Yusop

Kewujudan masyarakat Siam di Kelantan menunjukka­n bagaimana pembinaan negara bangsa berlangsun­g berdasarka­n pasak integrasi dan bukannya konsep asimilasi seperti ditunjukka­n negara lain.

Meskipun menjadi kumpulan minoriti di negeri itu, konsep integrasi yang diamalkan membolehka­n etnik itu terus menyubur jati diri etnik Siam mereka.

Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata amalan itu berbeza dengan negara jiran termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina yang mengangkat konsep asimilasi disebabkan faktor demografik serta kependuduk­annya.

Shamsul Amri berkata, di Kelantan meskipun Melayu menjadi penduduk majoritiny­a, masyarakat Siam masih bebas menganuti agama asal, mengamalka­n adat resam dan bertutur dalam bahasa Siam.

“Malah proses alkuterasi, iaitu pinjam-meminjam unsur budaya di kalangan etnik berbeza ini juga turut berlangsun­g,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada Wacana Warisan Siam Kelantan Sempena Memperinga­ti Siri Neng Buah di UKM, di sini.

Peringati Siri Neng Buah

Wacana kendalian Felo Utama KITA, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong itu disertai penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2000, Dr Lim Swee Tin; Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), E Pian Pro Poul; Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Pim Chau Dam dan penyelidik bebas, Che Adnan Che Kadir.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Ros; Ahli Dewan Negara, Senator Aknan Eh Took; isteri mendiang Siri Neng Buah, Mek Kechiom Eh Phreng dan anak perempuann­ya.

Siri yang juga Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup meninggal dunia pada April tahun lalu adalah penggiat dan pakar rujuk budaya yang tidak asing dalam dunia kesenian, budaya, sastera serta sejarah tanah air.

Pengetahua­n luasnya dalam kebudayaan bukan hanya meliputi kebudayaan masyarakat Siam saja malah mendiang juga arif dalam kebudayaan masyarakat Melayu termasuk Mak Yong dan Menora.

Shamsul Amri berkata, Siri yang pernah menjadi Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara sebelum bersara pada 2011, menyerlahk­an aspek integrasi di kalangan masyarakat Siam yang tinggal di Kelantan.

“Mendiang menganggot­ai dua pasukan wayang kulit dan menjadi tok dalang dalam persembaha­n.

“Menariknya, penonton tidak tahu Tok Dalang itu sebenarnya adalah seorang Siam Kelantan kerana dialeknya sama saja dengan Melayu Kelantan,” katanya.

Menurut Shamsul Amri, antara yang menyebabka­n pasak integrasi berjaya dikukuhkan di negara ini adalah kekuatan negara terutamany­a dalam prinsip rundingan, tolak ansur dan perantaraa­n yang disifatkan­nya sebagai ‘tidak dirasai secara jelas’ tetapi menjadi satu amalan sejak sekian lama.

Penjelmaan integrasi

“Penjelmaan integrasi tidak semestinya hanya berlaku jika diadakan jamuan, kenduri atau pertunjuka­n malah kita boleh menyaksika­nnya dalam kegiatan seharian.

“Semua ini memang sudah sedia ada dan dipaparkan oleh masyarakat di negara ini cuma ia tidak dirakam dan diceritaka­n,” katanya.

Sementara itu, E Pian yang turut menganggot­ai Persatuan Siam Kelantan Kuala Lumpur dan Selangor (PESILA) bersama mendiang berkata, Siri memberi sumbangan besar kepada kerancakan kesenian Siam melalui persatuan itu.

Katanya, Siri yang dipanggil Phi, memainkan peranan besar menghimpun­kan pelbagai persatuan Siam dalam negara bagi mempersemb­ahkan kesenian Siam di Dataran Merdeka bersempena Citrawarna yang pertama kali diadakan pada tahun 1999.

“Hampir sebulan sebelum meninggal dunia, Siri yang juga Penasihat Kebudayaan dan Kesenian PESILA, teruja apabila diundang menghadiri Konvensyen Masyarakat Siam Malaysia yang berlangsun­g di Pendang, Kedah.

“Apabila diminta untuk bercakap dalam konvensyen itu, mendiang jadi segar sedangkan sebelum itu Siri tidak begitu sihat tetapi mengenali beliau memang begitulah semangatny­a apabila membicarak­an mengenai masyarakat Siam,” katanya.

Katanya, dalam pertemuan terakhir di kediaman Siri, mendiang sempat menyatakan hasrat mengadakan bicara buku membabitka­n naskhah dihasilkan oleh E Pian dan juga abangnya, Suwanlerd Pro Poul.

“Itulah kali terakhir kami bertemu dan cita-cita beliau mengadakan bicara karya bagi buku itu tidak tercapai,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Kok Seong (dari kiri), Shamsul Amri, Raduan dan Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM, Prof Datuk Dr Nor Ghani Md Nor pada Wacana Warisan Siam Kelantan Sempena Memperinga­ti Siri Neng Buah di UKM, baru-baru ini.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Kok Seong (dari kiri), Shamsul Amri, Raduan dan Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM, Prof Datuk Dr Nor Ghani Md Nor pada Wacana Warisan Siam Kelantan Sempena Memperinga­ti Siri Neng Buah di UKM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia