Berita Harian

‘Rugi menulis di tempat cantik’

-

Kuala Lumpur: Bagi pengarang Vignette, Syuhada Sharif atau nama penanya Syud, beliau wajib mendengar lagu setiap kali berkarya bagi memudahkan­nya menjiwai naskhah yang dikerjakan.

Anak kelahiran Kota Tinggi itu berkata, sebelum menulis beliau akan menyiapkan senarai lagu bersesuaia­n seperti dilakukann­ya ketika menulis Tentang... Dhiya.

“Saya mendengar senarai lagu dari album Beneath Medicine Tree

oleh Copeland.

“Lagu yang dipilih mampu menimbulka­n suasana tertentu dan seterusnya memberi inspirasi seperti saya mendengar lagu Semua Tak Sama oleh Padi ketika menulis

Untuk Awak Teja Aulia.

“Saya tidak menulis di tempat yang sunyi atau pergi bercuti kerana rugi menaip apabila berada di tempat yang cantik,” katanya kepada Sastera & Budaya BH di sini.

Syud berkata, beliau menulis kerana mahu memberikan keadilan kepada setiap apa yang ada di sekeliling­nya.

Tak miliki bahasa indah

“Jika berasa ketidakadi­lan berlaku pada sesuatu karakter itu termasuk yang dilihat melalui drama, filem atau buku, saya akan menulis mengenainy­a dan memberikan mereka pengakhira­n baik.

“Ketika menulis, penting untuk saya pastikan permulaan ayat pertama

Saya tidak menulis di tempat yang sunyi atau pergi bercuti kerana rugi menaip apabila berada di tempat yang cantik” Syuhada Sharif, Penulis

yang dipilih kukuh dan jelas supaya ia boleh dikembangk­an.

“Jika tiada keyakinan untuk memulakann­ya, selalunya ia akan kembali menghantui dan akan timbul perasaan mahu mengubahny­a dan bagi saya ia bukan sesuatu yang bagus,” katanya,

Syud mengakui berasa tidak memiliki bahasa yang indah untuk menjadi penyair, sekali gus mendorong beliau menulis novel.

Ironinya, menulis novel adalah sesuatu yang ingin dilakukann­ya di masa hadapan.

“Saya teringin menulis puisi tetapi saya perlu mempelajar­inya terlebih dulu dan jika memiliki masa dan peluang, itu yang mahu saya lakukan,” katanya.

 ??  ?? Antara novel yang dihasilkan penulis Syuk.
Antara novel yang dihasilkan penulis Syuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia