Berita Harian

Waspada baik, buruk pengaruh figura di media sosial

-

untuk menjadi seorang figura terkenal di mata masyarakat tidaklah sesukar seperti 20 tahun lalu. Hanya muat naik video pendek sudah mampu menarik ribuan, malah jutaan pengikut atau followers dalam masa yang singkat.

Menurut Laporan Digital 2018 yang dikeluarka­n Hootsuit dan We Are Social, jumlah pengguna internet di negara ini menunjukka­n peningkata­n kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus rakyat Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan, 75 peratus menggunaka­n perkhidmat­an media sosial dan memperuntu­kkan purata tiga jam sehari di alam maya.

Laporan berkenaan turut mendedahka­n jumlah pengguna internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara kesembilan dunia paling aktif di laman sosial.

Dengan jumlah ini, apa sahaja yang dimuat naik di media sosial tidak mustahil untuk menjadi trending dengan begitu mudah.

Isu hangat

Untuk mendapat capaian penonton yang sangat ramai dalam sekelip mata juga pasti bukan suatu masalah, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan isu hangat dan terkini dalam masyarakat.

Sebagai contoh, budaya tarian ‘Panama’ yang menjadi popular setelah ia ditiru ramai figura terkenal di media sosial.

Ini yang disebut kuasa viral dalam dunia maya yang tidak pernah wujud pada masa dahulu, namun kini semakin mendapat tempat terutama dalam kalangan anak muda.

Namun, sedar atau tidak, pengaruh figura di media sosial hakikatnya sangat memberi kesan kepada masyarakat. Mereka perlu tahu bahawa setiap gerak-geri dan tindak-tanduk mereka diperhatik­an dan menjadi ikutan sekalian netizen yang menonton.

Apa sahaja perkara yang ingin dilakukan perlu ditimbang baik buruknya.

Cipta aliran baharu

Dengan nama dan pengaruh, hakikatnya seseorang sedang mencipta aliran baharu dalam skala yang besar. Sekiranya baik yang ditonjolka­n, maka baiklah kesannya buat masyarakat, sebaliknya jika negatif, maka buruklah pula kesannya.

Yang lebih membimbang­kan adalah apabila yang buruk ini menjadi sesuatu yang normal sehingga orang ramai tidak berasakan yang perkara itu bertentang­an dengan agama dan budaya setempat.

Hanya kerana ia dilakukan oleh figura yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut, ia bukan tiket yang memberi kebebasan untuk mereka melakukan semua perkara.

Apa yang baik sangat wajar untuk dicontohi, namun yang buruk, mesti dijadikan sempadan.

Dalam sebuah negara membangun yang mementingk­an adab dan kesantunan budaya ketimuran sebagai kayu ukur kualiti hidup, kita seharusnya lebih peka dan cakna dalam perkara sebegini.

Normalisas­i budaya negatif yang diambil dari media sosial adalah sesuatu yang menggusark­an, mampu membawa bencana besar kepada pembanguna­n masyarakat jika terus diambil mudah.

Sekiranya baik yang ditonjolka­n, maka baiklah kesannya buat masyarakat, sebaliknya jika negatif, maka buruklah pula kesannya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia