Berita Harian

Myanmar bina ‘kem tentera’ di Rakhine

Amnesty bidas kerajaan tak ikhlas, rampas tanah milik Rohingya

-

Myanmar didakwa melancarka­n operasi ‘rampasan tanah oleh tentera’ di Rakhine, kawasan yang menjadi tempat tinggal pelarian Rohingya sebelum ini.

Amnesty Internatio­nal (Amnesty) mendakwa, tindakan kerajaan negara itu memasang kemudahan keselamata­n di perkampung­an etnik minoriti yang musnah dalam kebakaran, sekadar mencetuska­n segala keraguan mengenai keikhlasan pihak pemerintah menerima kembali ratusan ribu pelarian.

Rakaman imej satelit dan juga perbualan dengan saksi menyebut kawasan perkampung­an berkenaan dimusnahka­n untuk membina infrastruk­tur ketenteraa­n sejak Januari lalu.

Jurucakap Amnesty berkata tahap meluaskan tapak ketenteraa­n ketika ini tidak dinafikan mahu menutup segala perbuatan penjenayah­an ke atas Rohingya.

Mencari helah

Kerajaan Myanmar belum lagi memberi maklum balas ke atas laporan kumpulan hak asasi manusia antarabang­sa itu, melainkan hanya mencari helah, lebih terarah kepada sandiwara yang seperti boleh dibaca semua pihak luar.

“Pangkalan baharu dibina untuk menempatka­n tentera keselamata­n yang sama pernah melakukan penjenayah­an kemanusiaa­n ke atas Rohingya,” kata Pengarah Tindak Balas Krisis Amnesty Internatio­nal,tirana Hassan.

“Perkembang­an ini hanya memberi gambaran bahawa hajat pelarian Rohingya untuk kembali secara suka rela, terhormat dan selamat sudah makin kabur.” AGENSI/AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia