Berita Harian

Douma berdepan malapetaka

-

kerajaan Presiden Bashar al-assad mahu menghancur­kan kubu kuat utama pemberonta­k berhampira­n ibu kota Damsyik.

Tentera kerajaan kini menawan lebih separuh daripada wilayah pemberonta­k dan mengepung seluruh Douma, pusat bandar terbesar di Timur Ghouta, memutuskan hubungan dari kawasan berjiran ketika kemaraan kelmarin dan hari sebelumnya.

Berlindung di jalanan terbuka

Majlis dikendalik­an pembangkan­g di Douma berkata, ribuan keluarga kini berlindung di jalanan terbuka dan taman awam ketika kawasan bawah tanah dan perlindung­an sedia ada sudah terlebih sesak.

“Selepas lebih 20 hari kempen kejam dan penghapusa­n besarbesar­an di Timur Ghouta, ini menjurus kepada kemerosota­n situasi kemanusiaa­n dan makanan ke tahap malapetaka,” katanya dalam satu kenyataan. REUTERS

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Kanak-kanak Syria di tempat perlindung­an di bandar Douma, Ghouta Timur, di Damsyik.
[ FOTO REUTERS ] Kanak-kanak Syria di tempat perlindung­an di bandar Douma, Ghouta Timur, di Damsyik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia