Berita Harian

Pesawat Bangladesh terhempas di Nepal

-

Hampir 50 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang Bangladesh terhempas di sini, semalam, menurut pihak berkuasa.

Jurucakap tentera, Gokul Bhandaree berkata, peluang untuk menyelamat­kan mangsa bagaimanap­un agak tipis kerana pesawat itu terbakar.

“Peluang untuk menyelamat­kan sesiapa yang masih hidup agak tipis kerana pesawat teruk terbakar,” kata Bhandaree yang mengesahka­n angka kematian.

Terdahulu, seorang pegawai lain berkata, 20 mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital.

Terhempas di padang bola sepak

Seramai 67 penumpang dan empat kru menaiki pesawat Us-bangla Airlines dari Dhaka sebelum terhempas ke padang bola sepak berhampira­n lapangan terbang.

Asap hitam tebal dapat dilihat berkepul-kepul dari padang terbabit sehingga ke timur landasan di lapangan terbang antarabang­sa tunggal Nepal di sini.

“Polis dan tentera cuba memotong bahagian pesawat untuk menyelamat­kan mangsa lain,” kata jurucakap lapangan terbang, Prem Nath Thakur.

Kawasan pergununga­n di Nepal kerap menjadi tempat berlaku kemalangan udara. AFP

 ??  ?? Gambar menunjukka­n mayat dari bangkai pesawat yang terhempas berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal, semalam.
Gambar menunjukka­n mayat dari bangkai pesawat yang terhempas berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia