Berita Harian

Pegawai kanan polis Vietnam ditahan atur perjudian haram

-

Hanoi: Pihak berkuasa Vietnam menahan seorang pegawai kanan polis yang bertanggun­g jawab menangani kes pertaruhan haram dalam talian selepas dia dituduh mempunyai kaitan dengan rangkaian perjudian di negara itu.

Pegawai bekas ketua jabatan teknologi di Kementeria­n Keselamata­n Awam (MPS) adalah individu yang paling dikehendak­i ketika negara itu bertindak keras terhadap kes rasuah.

Akhbar Tuoi Tre melaporkan, Jeneral Mejar Polis, Nguyen Thanh Hoa, 60, ditahan kelmarin di hospital Hanoi ketika menjalani rawatan.

MPS dalam satu kenyataan berkata, Thanh Hoa disiasat kerana mengatur perjudian di utara wilayah Phu Tho.

Pada masa sama, Presiden Vietnam, Tran Dai Quang turut melucutkan gelaran polis Thanh Hoa.

Laman web kerajaan mendedahka­n, polis dipercayai terbabit dalam rangkaian perjudian di negara itu, membabitka­n pertaruhan jutaan dolar seperti yang dilaporkan media tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia