Berita Harian

Carragher minta maaf terludah budak

-

London: Pengulas televisyen dan bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher meminta maaf dan mengakui ‘di luar kawalan’ ketika dirakam kamera meludah ke arah budak perempuan berusia 14 tahun di dalam kereta yang bergerak.

Menerusi rakaman yang disiarkan media Britian, Carragher dilihat menurunkan tingkap keretanya dan meludah kepada sebuah kenderaan lain selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Manchester United, Sabtu lalu.

Kena tempias

Laporan menyatakan tempias ludah berkenaan terkena wajah gadis itu yang duduk di bahagian penumpang. Kedengaran suara seorang lelaki berkata “malang betul Jamie, 2-1!” sebelum Carragher meludahnya.

Carragher, 40, berkata dia meminta maaf kepada keluarga itu dan mengakui dia hilang kawalan. Dia membuat liputan itu sebagai pakar bola sepak untuk penyiar Britain Sky Sports.

“Ia di luar kawalan dan saya meminta maaf secara peribadi kepada seluruh keluarga itu petang ini. Saya diapi-apikan beberapa kali sepanjang laluan ketika dirakam dan hilang sabar. Saya mohon maaf,” kata Carragher di Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia