Berita Harian

Woods terlepas gelaran ke-80

-

Miami: Tiger Woods begitu hampir memenangi gelaran ke-80 Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) menerusi Kejohanan Valspar, namun ia menjadi milik pemain England, Paul Casey yang menamatkan kemarau kejuaraan dengan kelebihan satu pukulan.

Woods, juara kejohanan utama 14 kali yang beraksi dalam kejohanan Jelajah keempat sejak pembedahan belakang April lalu, membuktika­n dia masih seorang pencabar hebat apabila melakar satu di bawah par 70.

Kongsi tangga kedua

Keputusan itu membolehka­nnya berkongsi tangga kedua dengan catatan sembilan di bawah par 275, satu pukulan di belakang Casey yang meraih gelaran Jelajah PGA AS keduanya dengan 65 pukulan dan mengumpul 274 keseluruha­n.

“Saya rasa keadaan saya lebih baik berbanding beberapa minggu lalu,” kata Woods.

“Ia semakin baik dan semakin mantap. Hari ini ia tidak sebaik seperti yang diharapkan tetapi saya mempunyai peluang cerah untuk menjuarai kejohanan ini.”

Pembedahan belakang Woods menamatkan percubaan untuk kembali beraksi tahun lalu. Dia masih tercari-cari gelaran pertamanya sejak 2013 tetapi hari ini, persoalan yang timbul bukan mengenai sama ada kemarau itu akan berakhir tetapi bila ia akan berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia