Berita Harian

Menang tapi Wenger kian terpinggir

-

London: Arsene Wenger mengakui Arsenal bergelut untuk memenangi semula hati peminat yang marah apabila beribu-ribu enggan datang ketika kemenangan 3-0 ke atas Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Buat perlawanan kedua berturut-turut di Stadium Emirates, Arsenal bermain di depan kerusi merah yang kosong, malam tadi.

Arsenal menyalahka­n salji tebal kerana kehadiran penonton yang kecil ketika kalah kepada Manchester City baru-baru ini, namun ketiadaan mereka bertemu Watford mungkin disebabkan gabungan kemarahan dan sikap tidak peduli selepas satu lagi musim hambar.

“Pasti -4 (darjah selsius) dan bersalji lagi di Emirates,” tulis pemain legenda Manchester United, Gary Neville dalam Twitter selepas sepak mula.

Wenger, yang berusaha mengekalka­n jawatannya, akur beliau boleh faham kenapa penyokong Arsenal terlalu kecewa dengan persembaha­n dan keputusan pasukan mereka.

Terlepas peluang

“Sudah tentu saya bimbang kerana saya mahu penyokong kami setia di belakang pasukan, tapi selepas apa yang berlaku ia mudah difahami,” katanya.

Peminat yang tidak hadir terlepas peluang menonton aksi mantap Shkodran Mustafi, Pierre-emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam EPL.

Namun kemenangan itu tidak meningkatk­an prospek Arsenal melayakkan mereka ke Liga Juara-juara - dan tidak menolak tanggapan peminat yang berasakan satu-satunya cara adalah dengan menamatkan tempoh 22 tahun Wenger di kelab itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia