Berita Harian

The Blues perlu sedia sengsara

-

London: Chelsea mesti bersedia untuk sengsara di Barcelona awal pagi Khamis ini waktu Malaysia jika mereka mahu mengintai peluang layak ke suku akhir Liga Juara-juara, menurut pengurus pasukan, Antonio Conte.

Barcelona menyumbat gol penyamaan pada minit ke-75 menerusi Lionel Messi untuk memadamkan gol babak kedua pemain tengah, Willian pada aksi pertama di Stamford Bridge bulan lalu.

Conte berkata, pasukannya mungkin berdepan tugas lebih getir menentang juara Eropah lima kali itu di Nou Camp.

“Kami perlu terlalu bagus tapi apabila anda bermain menentang pasukan sebegini, yang mana saya fikir satu daripada pasukan terbaik di dunia. Anda mesti bersedia untuk sengsara, dalam cara sama kami lakukan pada aksi pertama, yang mana kami hampir sempurna.

Bekerja satu pasukan

“Ini bukannya pasukan (Chelsea) dengan pengalaman hebat. Kami mempunyai ramai pemain yang beraksi musim pertama atau kedua dalam Liga Juara-juara.

“Tapi kami perlu bekerja sebagai satu pasukan dan cuba bersedia sengsara ketika kami akan merana dan dalam setiap saat kami perlu menyedari kami boleh mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol,” kata Conte.

Barcelona menguasai pegangan bola pada aksi pertama, namun anak buah Conte tidak bernasib baik gagal menang selepas Willian dua kali dinafikan tiang gol sebelum rehat.

“Memandangk­an keupayaan lawan kami mendominas­i pegangan bola, apatah lagi di laman sendiri, kami juga perlu bersabar dan memberi tumpuan sepenuhnya menunggu peluang dan menyempurn­akannya apabila ia hadir,” kata Conte.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia