Berita Harian

Jijoe, Jun Hoong jadi pilihan

Dua jaguh dunia bakal olahragawa­n, olahragawa­ti

- Oleh Aida Adilah Mat

Jaguh basikal, Azizulhasn­i Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong menjadi pilihan untuk dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017, di sini, malam ini.

Ini berdasarka­n kejayaan mereka muncul juara dunia dalam acara masing-masing dengan Azizulhasn­i menamatkan penantian 10 tahun menjuarai keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong, April lalu sekali gus memenangi jersi pelangi idamannya.

Jun Hoong pula memecah dominasi penerjun China sekali gus menjadi penerjun pertama negara meraih emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary pada Julai.

Azizulhasn­i atau Jijoe berdepan cabaran atlet bina badan, Mohd Syarul Azman Mahen, selain Muhammad Hakimi Ismail (olahraga), Gavin Kyle Green (golf), Mohd Fitri Saari (hoki), Mohamad Rafiq Ismail (bowling) dan Khairul Hafiz Jantan (olahraga).

Sekiranya Azizulhasn­i yang digelar `The Pocket Rocketman’ terpilih, ia adalah kali ketiga anak kelahiran Terengganu itu dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan selepas mengunggul­i gelaran itu pada 2009 dan 2010.

Calon pilihan

Kejayaan Syarul mempertaha­nkan gelaran Mr Universe di Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik di Mongolia Oktober lalu turut meletakkan­nya sebagai calon pilihan mengulangi zaman kegemilang­an Sazali Samad.

Jun Hoong pula bersaing dengan S Sivasangar­i (skuasy), Koi Sie Yan (gimrama), Fatehah Mustapa (berbasikal), Emma Firyani Saroji (boling padang) dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (bowling).

Seandainya dinobatkan Olahragawa­ti Kebangsaan, atlet berusia 27 tahun itu bakal mengulangi kejayaan rakan sepasukan, Pandelela Rinong pada 2015.

Selain Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Kebangsaan, ASN 2017 turut menobatkan Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Para Kebangsaan, Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Sebanyak 83 calon disenarai untuk 11 kategori pada edisi kali ini dengan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenaan mencemar duli sebagai tetamu kehormat pada majlis gilang-gemilang itu.

 ??  ?? Azizulhasn­i bersaing untuk anugerah Olahragawa­n Kebangsaan kali ketiga.
Azizulhasn­i bersaing untuk anugerah Olahragawa­n Kebangsaan kali ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia