Berita Harian

MU sudah hampir temui formula terbaik

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Pasukan Melaka United sudah hampir menemui formula terbaik pembentuka­n pasukan itu selepas selesa mengatasi PKNP FC, 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini, kelmarin.

Jurulatihn­ya, Eduardo Almeida, berkata corak permainan terbuka, positif merangka pergerakan dan fokus ketika bertahan menjadi kunci kejayaan mereka mengatasi lawan.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini, sekali gus meletakkan kedudukan Melaka di tangga keempat liga buat masa ini.

Pemain cemerlang

“Sebelum perlawanan, kami sudah mengetahui kehebatan mereka dan sudah bersedia, namun apa yang lebih membanggak­an pemain bertindak cemerlang untuk memperoleh kemenangan ketiga dalam liga musim ini,” katanya.

Jaringan MU pada aksi ini diperoleh menerusi Yahor Zubovich pada setiap babak.

Sementara itu, pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim yang jelas kecewa dengan keputusan berkenaan berkata kesilapan mudah menjadi punca pasukannya tewas kepada MU.

Katanya, gol pertama MU dihasilkan menerusi kesilapan import baharu di barisan pertahanan, apabila beraksi seperti ‘budak sekolah sehingga Yahor Zubovich menolak mudah jaringan pada babak pertama.

“Dua gol jaringan Zubovich diakui berpunca daripada kesilapan barisan benteng yang seharusnya tidak berlaku. Kami menguasai permainan pada 20 minit pertama, namun kegagalan barisan pertahanan menutup ruang dan ketumpulan jentera serangan membuatkan tuan rumah mudah mengutip mata penuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia