Berita Harian

JDT sedia berbelanja besar

Tunku Ismail bawa masuk import hebat pada Mei ini perkukuh pasukan

- Oleh Aziman Rosdi

Pemilik Johor Darul Ta‘zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata tiada perancanga­n mencari jurulatih baharu sebaliknya sedia berbelanja besar mendapatka­n import lebih hebat ketika tempoh perpindaha­n pada Mei ini.

Katanya, penolong jurulatih, Raul Longhi yang mengambil alih tugas selaku pengendali sementara selepas Ulisses Morais meletakkan jawatan pada 25 Februari lalu berjaya melaksanak­an tugas dengan baik.

“Beliau paling sesuai kepada falsafah dan polisi JDT. Malah, saya amat berpuas hati dengan Raul. Pemain juga selesa dengan beliau. Tidak akan ada jurulatih baharu,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, semalam.

Di bawah kendalian Longhi, JDT berjaya menduduki takhta Liga Super meskipun prestasi mereka dalam saingan Piala AFC kurang memberangs­angkan.

Kurang meyakinkan

Ramai pihak melihat persembaha­n JDT musim ini masih kurang meyakinkan, tambahan ketiadaan pemain import Argentina, Jorge Pereyra Diaz yang ‘melarikan’ diri bulan lalu serta keputusan mengambil semula Luciano Figueroa yang keluar daripada persaraan turut menjadi pertikaian.

Menurut Tunku Ismail, beliau mengakui kesilapann­ya yang tidak mahu berbelanja tahun ini, namun memberi jaminan akan memperbaik­i semula kelemahan pasukan.

“Saya silap bila buat keputusan untuk merendah diri dan berjimat cermat tahun ini. Beli pemain lama yang kononnya bakal mudah untuk buat pasukan.

“Penyakit baharu saya sekarang adalah saya nak ‘membazir’. Oleh itu saya dah sediakan dana untuk membawa masuk pemain yang hebat. Saya nak beli pemain mahal. Buat masa ini ada 5 pemain import dalam ‘short list’ kami. Saya tak suka kalah. Tak kena dengan jiwa kami.

“Saya tahu JDT sekarang tengah susah, saya tahu JDT sedang berhempas pulas. Saya tahu JDT tengah bersedih. Tetapi saya tahu November nanti kita akan bermain bunga api,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia