Berita Harian

Maniam akur kehebatan Bos Gaurus

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: “Pemain tidak beraksi seperti biasa dan kami tumpas kerana corak berkesan lawan,” begitu rumusan jurulatih P Maniam mengenai kekalahan 0-3 Selangor kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium TLDM, Lumut kelmarin.

“Kami bermain di bawah kemampuan pada separuh pertama. Hanya selepas rehat baru kami dapat rentak dan mula mencipta peluang tapi tidak dapat menyudahka­nnya,” katanya.

Menurut Maniam, pemain Selangor tidak dapat menangani corak hantaran jauh Perak selain padu di tengah sehingga menyukarka­n pasukannya bangkit selepas melepaskan tiga gol.

“Memang kekalahan ini pahit untuk ditelan tapi kami kena terima hakikat.ini satu perlawanan yang perlu segera dilupakan supaya tidak menjejas tumpuan pemain untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perak, Mehmet Durakovic memuji kemantapan barisan pemainnya dan berharap prestasi itu dapat diteruskan pada aksi akan datang.

Aksi menakjubka­n

“Persembaha­n menakjubka­n pemain Perak. Setiap pemain beraksi dengan baik sepanjang perlawanan. Kami menguasai perlawanan dan sepatutnya mampu menang dengan jurang lebih besar,” katanya.

Pada perlawanan itu, Perak memperoleh semua gol pada separuh pertama hasil jaringan sendiri Ashmawi Yakin, selain D Kenny Pallraj dan Gilmar Jose Da Silva.

Anak buah Maniam cuba bangkit pada babak kedua tetapi tidak terdaya untuk menyekat kejayaan tuan rumah.

 ??  ?? Pemain Selangor, Amri Yahyah (kiri) dihalang pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pada perlawanan Liga Super 2018 di Stadium TLDM Lumut.
Pemain Selangor, Amri Yahyah (kiri) dihalang pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pada perlawanan Liga Super 2018 di Stadium TLDM Lumut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia