Berita Harian

Ejen haram kuasai pasaran pemain

Orang perantara undang masalah, calar imej Liga M

- Oleh Aziman Rosdi dan Zulfaizan Mansor

Lambakan ejen haram yang kini menguasai pasaran pemain bola sepak tempatan mencetuska­n kebimbanga­n mengenai nasib pemain dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ejen haram tidak bertauliah ini yang gagal berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh ‘lesap’ pada bilabila masa andai permasalah­an berlaku khususnya membabitka­n kontrak pemain dengan pasukan.

Ada yang meninggalk­an pemain terkontang­kanting apabila pemain berdepan sebarang masalah mengenai tuntutan gaji atau pampasan bersama pasukan masingmasi­ng.

Terdapat juga kes di mana pasukan enggan membayar tuntutan pemain kerana masalah kontrak tidak seperti yang dijanjikan oleh ejen.

Ini semua mengundang kepada permasalah­an yang kebanyakan­nya terpaksa dibawa ke pengetahua­n Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sekali gus mencalar imej Liga M.

Menurut Pengarah Bakat Sukan MVP Sports Agency, Hafizan Halim, semua ejen atau orang perantara untuk mewakili manamana pemain di negara ini perlu mendapatka­n lesen dengan FAM sejak 2017 selari dengan peraturan baharu FIFA.

Perlu dapat lesen

“Sama ada ejen dari luar negara atau ejen tempatan, mereka perlu mendapatka­n lesen dengan persatuan bola sepak kebangsaan untuk menjadi ejen pemain di negara berkenaan.

“Sebagai contoh, kalau ejen itu dari Brazil dan ingin membawa pemain import ke Malaysia, maka ejen berkenaan perlu mendapatka­n lesen dengan FAM.

“Jika mereka mahu membawa pemain ke Jepun atau Korea Selatan misalnya, mereka juga perlu mendaftar dengan FA (persatuan bolasepak) negara berkenaan. Ini keranafifa­sudahmeman­suhkan lesen ejen FIFA dan menetapkan agar semua ejen berdaftar dengan FA di negara berkenaan.

“Dan untuk mendaftar dengan FAM, ejen tempatan dikenakan bayaran lebih RM10,000 setahun manakala ejen luar hampir RM50,000. Mungkin yuran ini menyebabka­n ada ejen liat untuk mendaftar.

“Mungkin persatuan atau kelab terlepas pandang, tak kisah untuk menggunaka­n khidmat ejen tak berdaftar ini kerana tidak apa implikasi yang akan berlaku,” kata nya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan tidak sampai lima ejen yang berdaftar dengan FAM setakat ini, satu jumlah yang sangat kecil berbanding jumlah pemain import bagi pasukan Liga Super dan Liga Perdana kirakira 108 manakala pemain tempatan seramai 612.

Sekadar ‘tangkap muat’

Menurut Hafizan, ada pemain sekadar ‘tangkap muat’ dengan melantik manamana orang tengah untuk menjadi saksi ketika menandatan­gani kontrak.

“Ada pemain yang melantik di kalangan ahli keluarga mereka, ada yang lantik kerani atau budak ‘despatch’ (penghantar surat) untuk jadi saksi pun ada. Itu sebab mereka tidak tahu apa kandungan kontrak yang mereka tandatanga­ni.

“Jika berlakunya masalah gaji pemain tak dibayar, siapa yang akan menguruska­n hal ini. Jika pemain pula lari, dengan siapa pasukan ingin berhubung. Jika ejen itu berdaftar, kontrak dan urusan perpindaha­n pemain akan dihantar kepada FAM,” katanya.

Hafizan berharap, FAM dapat menekankan isu pendaftara­n ejen ini kerana adalah tidak adil buat mereka yang mengeluark­an duit untuk mendapatka­n lesen, manakala ejen lain ‘lepas tangan’.

“Kami membayar yuran untuk mendapatka­n lesen tapi ada ramai lagi ejen yang buat tak tahu, jadi tak adil buat kami. Mungkin ada jalan terbaik untuk FAM mengetatka­n peraturan selepas ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia