Berita Harian

Sedania, Matrix Energy sedia penyelesai­an jimat tenaga

Kerjasama bantu kurangkan penggunaan tenaga syarikat telekomuni­kasi

- Oleh Alzahrin Alias

peranan penting kepada fasa pertama bagi usaha pelan mengoptimu­mkan tenaga bermula bulan ini.

Sedania, menerusi anak syarikatny­a IDOTTV Sdn Bhd semalam memeterai kerjasama strategik dengan Matrix Energy Sdn Bhd untuk mereka bentuk, memasang dan mentauliah peranti penjimatan tenaga dan menyediaka­n penyelesai­an lain yang bertujuan untuk mengurangk­an penggunaan tenaga bagi sebuah syarikat telekomuni­kasi.

Pengarah Urusan Sedania Innovator, Datuk Azrin Mohd Noor, berkata perjanjian tenaga hijau itu membabitka­n audit tenaga gred pelaburan, penyelesai­an penggunaan penjimatan tenaga dan pemantauan penggunaan kawalan masa nyata.

Mesej kesedaran tenaga hijau

Katanya, selain penjimatan tenaga, kerjasama itu akan menampung kos pelaburan teknologi dan menambah pendapatan berulang syarikat.

“Kontrak ini juga bertujuan menjadi pemangkin kepada syarikat lain dalam industri yang menggunaka­n tenaga.

“Pelaburan daripada firma telekomuni­kasi utama ke arah inisiatif ini menunjukka­n bahawa syarikat korporat di negara ini serius dalam membawa mesej kesedaran tenaga hijau.

“Fasa pertama akan me mainkan peranan penting dalam merangsang langkah berikutnya di seluruh negara dan menjana penjimatan yang lebih ketara,” katanya dalam kenyataan, semalam

Terdahulu, unit perniagaan Greentech Sedania memperoleh kontrak lima tahun untuk menyediaka­n penyelesai­an teknologi hijau kepada 100 cawangan institusi kewangan utama di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Daniel Ruppert, berkata syarikat berhasrat untuk mendapatka­n kontrak tambahan bagi mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai peneraju pasaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia