Berita Harian

Bank Negara tak iktiraf mata wang Coinzer

-

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan ia tidak memberikan kuasa atau menyokong platform mata wang dikenali sebagai Coinzer.

Bank pusat itu berkata, penggunaan logo BNM dan Jata Negara pada cadangan reka bentuk siling fizikal, maklumat serta lama web https://www.coinzer.co juga tidak dibenarkan.

“Orang awam dinasihatk­an supaya berhatihat­i dan menilai sewajarnya risiko yang dikaitkan dengan pelaburan mata wang digital.

“Mata wang digital tidak sah di Malaysia. Begitu juga, mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian pasaran atau tetapan yang tertakluk kepada institusi kewangan dikawal selia oleh BNM,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia