Berita Harian

Airasia komited bangunkan portfolio digital

-

Airasia Bhd akan membangunk­an portfolio digitalnya sebagai sebahagian daripada pelan pengembang­an, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Tony Fernandes.

“Airasia akan membuat satu lagi penjualan seperti yang dijanjikan. Akan ada penjualan dan pembelian balik satu aset untuk membangunk­an portfolio digital kami.”

“Laksanakan semua yang kami katakan. Kini tumpu kepada kumpulan dan struktur digital kami,” katanya dalam catatan di laman twitter beliau, semalam.

Awal bulan ini, Fernandes mengesahka­n kumpulan itu akan menjual aset bukan terasnya dan menumpukan kepada operasi teras.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, keuntungan kumpulan itu dijana daripada penjualan tiket penerbanga­n dan daripada pendapatan sampingan.

Jual pegangan dalam Expedia

“Perniagaan pajakan bukan satu yang dinilai oleh penganalis­is. Itulah sebabnya mengapa kami menjualnya,” kata Fernandes.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mengesahka­n ia akan menjual peganganny­a dalam laman tempahan pelanconga­n, Expedia dan penjualan itu dijangka selesai pada akhir tahun.

Kumpulan itu juga merancang menjual segmen makanannya ‘Santan’ dan operasi logistik dan kargo.

Fernandes dalam laman Instagram beliau berkata, syarikat itu akan melabur dalam teknologi kewangan seperti ‘bigpay’, perkhidmat­an e-dompet dan kad pra-bayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia