Berita Harian

FBM KLCI menokok 17.30 mata

Peningkata­n permintaan, prestasi positif lonjak pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam, didorong oleh peningkata­n permintaan secara berterusan dengan dagangan aktif sepanjang sesi serta prestasi positif keseluruha­n pasaran, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 17.30 mata lebih tinggi kepada 1,861.22 daripada 1,843.92 ketika ditutup pada Jumaat.

Selepas dibuka menokok 7.74 mata kepada 1,851.66 pagi semalam, indeks itu berlegar dalam lingkungan antara 1,850.62 dan 1,861.23 sepanjang sesi dagangan semalam.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidik­an berkata, kalangan pedagang didorong oleh sentimen bahawa hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara akan pulih.

Malah, data penggajian bukan ladang AS turut meningkat sebanyak sebanyak 313,000 pada bulan lalu tertinggi dalam tempoh 18 bulan dan jelas melangkaui jangkaan serta menunjukka­n kesan limpahan positif pada peringkat global.

Selain itu, sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi, iaitu 558 berbanding 360 manakala 420 kaunter tidak berubah, 538 tidak didagangka­n dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.46 bilion unit bernilai RM2.4 bilion daripada 2.25 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Jumaat.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank dan Public Bank tidak berubah masingmasi­ng pada RM10.44 dan RM23.00 manakala Tenaga menokok lapan sen kepada RM15.62, CIMB meningkat 12 sen kepada RM7.27 dan Petronas Chemicals untung 10 sen kepada RM8.08.

Bagi saham cerdas, Nexgram naik satu sen kepada lima sen, NWP Holdings meningkat 6.5 sen kepada 33 sen, Sino Huaan menambah 1.5 sen kepada 44 sen manakala Sapura Energy dan Hibiscus Petroleum pula tidak berubah masingmasi­ng pada 46.5 sen dan 89 sen.

Indeks FBM Emas naik 141.93 mata kepada 13,110.87, Indeks FBMT 100 meningkat 143.98 mata kepada 12,855.18 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 171.69 mata kepada 13,294.2.

FBM 70 pula melonjak 259.23 mata kepada 15,682.5 dan FBM Ace naik 8.19 mata kepada 5,980.05.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 55.17 mata kepada 3,237.03, Indeks Perladanga­n menokok 44.04 mata kepada 8,088.2 dan Indeks Kewangan naik 117.82 mata kepada 18,110.56.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.37 bilion unit bernilai RM2.24 bilion daripada 1.33 bilion unit bernilai RM1.87 bilion pada Jumaat.

Di Pasaran ACE, jumlah daganganny­a menokok kepada 708.45 juta saham bernilai RM97.61 juta saham daripada 567.58 juta saham bernilai RM87.26 juta.

Jumlah waran turut meningkat kepada 382.52 juta bernilai RM56.6 juta daripada 347.52 juta bernilai RM48.74 juta.

Barangan pengguna menyumbang 135.02 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (443.76 juta), pembinaan (73.32 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (485.98 juta), teknologi (49.51 juta), infrastruk­tur (6.49 juta), SPAC (738,000), kewangan (54.59 juta), hotel (430,200), hartanah (92.84 juta), perladanga­n (20.18 juta), perlombong­an (257,200), REIT (8.09 juta) dan dana tertutup (113,900).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia