Berita Harian

Sarawak dijangka kekal kubu kuat BN

Parti komponen siap sedia hadapi PRU-14

- Oleh Kandau Sidi

Sarawak diyakini terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai ‘kubu kuat’ Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijangka diadakan lebih awal berikutan ada spekulasi meramalkan Parlimen bakal dibubarkan akhir bulan ini atau bulan depan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, berkata parti pimpinanny­a sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n, malah jentera di peringkat akar umbi juga sudah diaktifkan.

“PRU-14 dikatakan sebagai pilihan raya paling mencabar dalam sejarah negara, malah kita sudah bersiap sedia untuk membantu BN mengekalka­n penguasaan­nya di negeri ini, termasuk mengekalka­n kedudukan Sarawak sebagai lubuk kemenangan.

“Di Sarawak, fokus utama kita juga untuk meningkatk­an jumlah majoriti di semua kerusi ditandingi sebagai simbol sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap BN,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak secara peribadi menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas 1 April ini, malah dalam tempoh yang semakin singkat, semua persiapan perlu diperkukuh­kan.

Perkukuh permuafaka­tan

“Dalam keadaan sekarang ini, permuafaka­tan dan kesepakata­n dalam parti komponen perlu diperkukuh­kan agar kita terus utuh untuk mendepani PRU-14.

“Malah, siapa saja calon yang dipilih pucuk pimpinan perlulah diberikan sokongan tanpa berbelah bahagi demi masa depan dan kelangsung­an BN,” katanya.

Sementara itu, beliau mengesahka­n sudah mengemukak­an enam calon parti itu untuk diteliti oleh Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“Kesemua calon dikemukaka­n itu sangat berwibawa dan berupaya menggalas misi memburu kemenangan dalam PRU-14,” katanya.

NSTP kelmarin melaporkan pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya yang dijadualka­n pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkink­an Parlimen dibubarkan akhir Mac atau awal April bagi membolehka­n Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan.

Sumber berkata, Usul Draf Perintah Perlembaga­an dan Laporan Kajian Semula Persempada­nan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu, dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat seawal 19 Mac ini atau selewatlew­atnya pada 26 Mac.

Ketepi kepentinga­n diri

Bagi Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Sebastian Ting pula, semua ahli parti perlu mengetepi kepentinga­n diri, sekali gus fokus kepada usaha untuk memenangi pilihan raya itu.

Beliau berkata, tiada masa untuk bertelingk­ah, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada usaha memastikan kemenangan calon yang bertanding.

“Bagi SUPP, kita banyak belajar daripada pengalaman terdahulu dalam merangka persediaan sepatutnya. Malah, kita sudah pun membuat persiapan awal sejak beberapa tahun lalu, termasuk mengenal pasti calon bersesuaia­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia