Berita Harian

Pembangkan­g ragui janji PH selesai isu MA63

-

Kota Kinabalu: Parti pembangkan­g tempatan di Sabah meragui manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesai­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menganggap ia hanya sekadar memancing undi rakyat negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, pemimpin pembangkan­g tempatan juga menganggap PH dan Pengerusin­ya, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada ‘niat’ untuk menunaikan ‘janji’ itu jika diberi peluang mentadbir Putrajaya.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Dr Mahathir boleh melaksanak­an MA63 dan mengembali­kan hak Sabah seperti terkandung dalam Perlembaga­an Malaysia jika mahu berbuat demikian ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ketika pentadbira­nnya, Dr Mahathir tidak mahu MA63 disentuh termasuk 20 perkara iaitu syarat minimum Sabah bersetuju bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

“Percayalah PH atau Tun Mahathir tiada niat laksanakan MA63. Hanya memancing undi dan memperbodo­hkan rakyat Sabah.

“Jika dia ada tujuan laksanakan MA63 dan (kembalikan) hak Sabah, dia sudah pun lakukan ketika jadi PM (perdana menteri), tetapi tiada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia