Berita Harian

Pekan baharu Sukau lengkap kemudahan 2020

-

Kinabatang­an: Sebahagian besar pembanguna­n yang dirancang dalam pekan baharu Sukau di Parlimen ini bakal menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata setakat ini dua kemudahan yang sudah siap dan dimanfaatk­an penduduk adalah Masjid Tun Juhar dan Dataran Tamu, masing-masing bernilai RM5 juta dan RM2 juta.

Katanya, usaha kini sedang dilakukan bagi menaik taraf jalan utama ke Sukau, Suan Lamba serta beberapa jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen berkenaan.

“Kita juga dalam peringkat menunggu kelulusan kerajaan bagi pembinaan beberapa kemudahan lagi termasuk perumahan penduduk, balai polis dan pejabat urus setia pekan baharu Sukau.

Capai impian rakyat

“Kita menjangka semua kemudahan ini dapat dipenuhi menjelang 2020, sekali gus mencapai impian rakyat kawasan ini bagi mengecapi pembanguna­n dan memiliki pekan setaraf dengan daerah lain,” katanya ketika dihubungi.

Pekan baharu Sukau dilancarka­n pada Julai 2010 dengan seluruh kawasan penyediaan kemudahan itu meliputi kawasan seluas 52 hektar.

Mengulas lanjut, Saddi berkata, buku pelan induk mengandung­i segala perancanga­n mengenai pekan baharu Sukau yang disediakan Institut Kajian Pembanguna­n Sabah sudah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan pelaksanaa­n.

Katanya, antara pembanguna­n lain yang dimasukkan dalam pelan itu untuk dilaksanak­an adalah kemudahan belia dan rekreasi, kedai Industri Kecil dan Sederhana (IKS), selain kemudahan asas lain.

“Saya yakin pembanguna­n pekan baharu Sukau bakal memberi impak besar kepada rakyat, khususnya masyarakat setempat di kawasan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia