Berita Harian

Sarawak terima RM40.43J

Bantuan ‘one-off’ RM1,000 akan diterima secara berperingk­at

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Sarawak menerima peruntukan RM40.43 juta bagi bayaran elaun imam, guru Takmir dan guru KAFA, selain bantuan ‘one-off’ berjumlah RM6.22 juta untuk kesemua penerima berkenaan, termasuk bilal dan Tok Siak.

Bantuan one-off sebanyak RM1,000 akan diterima secara berperingk­at bermula bulan ini dengan baki RM500 lagi akan dibayar menjelang Aidilfitri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pembayaran elaun dan pemberian one-off itu mencermink­an pengurusan ekonomi negara yang baik, selain menunjukka­n sumber pendapatan negara semakin kukuh.

“Ini adalah nikmat Tuhan kepada imam, guru Takmir, guru KAFA, bilal dan tok siak di negeri ini, walaupun populasi umat Islam Sarawak adalah 27 peratus sahaja.

Benteng keutuhan politik

“Prinsip keadilan kepada semua pihak terhadap umat Islam dan bukan Islam menjadi benteng keutuhan politik di negeri ini sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penangguha­n Multaqa Murabbi Ummah Negeri Sarawak di Kompleks Islam Kuching di sini, semalam.

Selain itu, majoriti besar imam, guru Takmir, guru KAFA, bilal dan tok siak di negeri turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sarawak ketika ini merekodkan seramai 744 imam, 355 guru takmir dan 2,412 guru KAFA.

Abang Johari berkata, dasar dan semangat Piagam Madinah seperti diamalkan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mentadbir Madinah dijadikan konsep utama kepemimpin­annya menerajui kerajaan negeri.

“Bermula daripada (bekas Ketua Menteri) Allahyarha­m Tun Abdul Rahman Ya’kub, Tun Abdul Taib Mahmud, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem dan sehingga kepada saya, amanah selaku Ketua Menteri tetap dijunjung tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan etnik,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Abang Johari menerima replika cek bayaran imbuhan imam, elaun guru KAFA dan guru Takmir Sarawak disampaika­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga dari kiri) pada majlis penangguha­n Multaqa Murabbi Ummah Sarawak, semalam.
[FOTO BERNAMA] Abang Johari menerima replika cek bayaran imbuhan imam, elaun guru KAFA dan guru Takmir Sarawak disampaika­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga dari kiri) pada majlis penangguha­n Multaqa Murabbi Ummah Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia