Berita Harian

Import punca harga barang makanan meningkat

-

Bau: Kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipersalah­kan sekiranya berlaku peningkata­n harga barang makanan di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh Gumbek, berkata kebergantu­ngan terhadap import makanan menyebabka­n kesukaran mengawal kenaikan harga barangan itu, selain ia juga bergantung kepada nilai mata wang di pasaran.

Katanya, negara ini terlalu banyak mengimport barang makanan dari negara lain, malah ia sebahagian daripada faktor kerajaan sukar untuk mengawal kenaikan harga barangan itu.

Import RM4B barangan makanan setiap tahun

“Keseluruha­nnya, negara mengimport RM4 bilion barangan makanan setiap tahun, walaupun rakyat kita hanya 32 juta penduduk.

“Jadi, kalau nilai ringgit menyusut, kita tidak boleh menyalahka­n Perdana Menteri semata-mata kerana kita semua bergantung kepada makanan import,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Skim Bantuan Penanaman Nanas Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia 2018 di Kampung Stenggang di sini, semalam.

Nogeh berkata, negara ini banyak mengimport barangan makanan secara berterusan disebabkan tidak ramai rakyat negara ini berminat mengusahak­an tanah terbiar dengan kegiatan pertanian bagi mengeluark­an produk makanan mencukupi bagi keperluan negara sendiri.

“Kita tidak seperti di Indonesia, kebanyakan rakyatnya mengusahak­an tanah mereka dengan pelbagai produk makanan.

“Indonesia ketika ini mempunyai populasi lebih 200 juta penduduk, tetapi mereka dapat menyediaka­n barangan makanan yang mencukupi bagi rakyat mereka,” katanya.

 ?? [FOTO SANDRA ALBERTZ/BH] ?? Nogeh (tengah) disambut penduduk Kampung Stenggang bagi merasmikan Majlis Penyerahan Skim Bantuan Penanaman Nanas di Bau, semalam.
[FOTO SANDRA ALBERTZ/BH] Nogeh (tengah) disambut penduduk Kampung Stenggang bagi merasmikan Majlis Penyerahan Skim Bantuan Penanaman Nanas di Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia