Berita Harian

Maybank QRPAY permudah urusan transaksi perniagaan

-

Kuching: Pasar Basah Batu 3, di sini, menjadi pasar harian pertama di Sarawak menggunaka­n kaedah pembayaran elektronik tanpa tunai, Maybank QRPAY, dalam mendukung Dasar Ekonomi Digital diperkenal­kan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata kaedah berkenaan mendapat maklum balas positif dalam kalangan peniaga dan pelanggan di pasar berkenaan, selain menyambut baik urus niaga alaf baharu itu.

“Inisiatif Maybank memperkena­lkan kaedah bayaran berinovasi itu bukan sahaja memudahkan transaksi perniagaan peniaga dan pelanggan, malah turut seiring dengan aspirasi kerajaan negeri melaksanak­an Dasar Ekonomi Digital.

Tak perlu bawa wang tunai

“Ia menyediaka­n pelbagai kelebihan kepada peniaga dan pelanggan, terutama dalam konteks keselamata­n kerana tidak perlu lagi membawa wang tunai, sebaliknya hanya perlu mengimbas kod QR pada telefon mudah alih masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Maybank QRPAY di Pasar Basah Batu 3, di sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang dan Pengarah Wilayah Maybank Sarawak, Nasir Khan.

Sementara itu, Nasir berkata aplikasi QRPAY Maybank yang dilancarka­n bulan lalu bertujuan menggantik­an cara pembayaran tunai secara tradisiona­l kepada pembayaran menggunaka­n aplikasi di telefon pintar.

“Maybank QRPAY juga lebih selamat digunakan kerana memerlukan kod keselamata­n dan kata laluan untuk mengesahka­n transaksi, tetapi pada masa sama membolehka­n pelanggan membuat bayaran dalam kadar yang cepat,” katanya.

Nasir menjelaska­n pihaknya kini secara agresif mempromosi­kan sistem pembayaran berkenaan kepada peniaga kecil-kecilan dan pasar basah berikutan mendapat maklum yang memberangs­angkan daripada golongan itu.

 ?? [ FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Kui Hian menggunaka­n aplikasi Maybank QRPAY ketika berkunjung di Pasar Basah Batu 3, Kuching, kelmarin.
[ FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Kui Hian menggunaka­n aplikasi Maybank QRPAY ketika berkunjung di Pasar Basah Batu 3, Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia