Berita Harian

Pemilik restoran gajikan pendatang asing didenda

Tertuduh tak sedar empat pekerja dakwa rakyat Malaysia tiada dokumen sah

- Oleh Avila Geraldine

Seorang pemilik restoran mamak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana dituduh menggaji empat pendatang asing tanpa izin.

Tertuduh, Jaheerusen Ahamadsha yang juga warga India berusia 46 tahun, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Tuduhan itu membawa hukuman penjara 12 bulan atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau kedua-duanya bagi setiap pekerja warga asing digaji tertuduh, jika sabit kesalahan.

Gaji empat pekerja

Azreena kemudian menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pekerja warga asing terbabit, atau penjara lima bulan bagi setiap pendatang jika gagal menjelaska­n denda.

Mengikut fakta kes, Jaheerusen yang juga tukang masak dan diwakili peguam Dominic Chew, dituduh menggajika­n empat pekerja asing tanpa dokumen sah dan permit kerja pada 1 September tahun lalu di sebuah restoran di Alamesra, di sini.

Terdahulu, Dominic meminta mahkamah mengenakan denda minimum kepada tertuduh kerana ini kesalahan pertamanya, sambil menambah Jaheerusen memegang pasport India yang sah.

Mengaku tak salah

Dominic memberitah­u mahkamah, tertuduh tidak menyedari empat pekerja asing itu tidak mempunyai dokumen yang sah kerana mereka mendakwa sebagai rakyat Malaysia ketika mencari pekerjaan.

Sementara itu, seorang lagi majikan warga Malaysia di restoran sama, Zainal Abidin Mohammad, mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama.

Azreena menetapkan 16 April ini untuk pengurusan kes dan 20 Jun untuk perbicaraa­n terhadap Zainal Abidin.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Zainal Abidin (kanan) dan Jaheerusen (tengah) hadir ke mahkamah atas dakwaan mengambil pekerja asing tanpa izin di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Zainal Abidin (kanan) dan Jaheerusen (tengah) hadir ke mahkamah atas dakwaan mengambil pekerja asing tanpa izin di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia