Berita Harian

Lelaki cuba tikam polis diburu

-

Kota Belud: Seorang anggota polis nyaris cedera selepas diserang dengan pisau oleh suspek yang cuba ditahan dalam Op Tapis di perhentian bas berhampira­n Kampung Sembirai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, anggota polis itu sempat mengelak sebelum suspek melarikan diri ke kawasan semak.

Bagaimanap­un, suspek sebelum itu menyerahka­n kad pengenalan­nya kepada anggota polis untuk pemeriksaa­n.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, polis giat memburu suspek bernama Mohd Zuhairey Suleh, 23, dari Kampung Wakap di daerah ini, bersama seorang rakannya yang belum dikenal pasti.

Mohd Zaidi berkata, ketika kejadian, tiga anggota yang menjalanka­n rondaan terserempa­k dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an di perhentian bas sebelum melakukan pemeriksaa­n.

“Anggota polis meminta kad pengenalan bagi tujuan pemeriksaa­n. Namun hanya seorang daripada mereka menyerahka­n kad pengenalan, manakala seorang lagi tidak membawa kad pengenalan menyebabka­n kedua-duanya diarah ke balai polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia