Berita Harian

Dua lelaki mengaku tidak bersalah

-

Kota Kinabalu: Dua lelaki mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan merogol remaja perempuan secara berkumpula­n di Beaufort, tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Sudirman Mahyuddin dan Kamaruddin Amir, didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan di hadapan hakim, Azreena Aziz.

Tak hadir mahkamah

Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, antara jam 11 malam pada 4 September 2017 sehingga jam 6 pagi pada 5 September tahun lalu di sebuah rumah tumpangan di Beaufort.

Dua lagi rakan mereka yang turut terbabit dalam perbuatan itu, iaitu Mohammad Gerseyrey Abd Mulok dan Mohd Dzulhilmy Ibrahim, sepatutnya didakwa bersama semalam tidak hadir di mahkamah.

Azreena menetapkan 16 April ini untuk pengurusan kes, manakala 2 hingga 3 Julai dan 30 hingga 31 Julai depan untuk perbicaraa­n Sudirman dan Kamaruddin.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia